Untuk kau , a.d

Tak kisahlah betapa jauh jarak yang akan pisahkan kau dan aku untuk satu ketika nanti ,
Aku nak kau tahu satu perkara ,
Aku akan tetap setia tunggu kau .
Walau lama mana pun kau perlu .
Aku akan tunggu .
Memang hati itu Tuhan azza wajalla yang pegang ,
Bila bila dia boleh ubah ,
Tapi aku akan belajar ,
Untuk percayakan kau ,
Sebagaimana aku percayakan diri aku .
Doa .
Jangan pernah sesekali kau pandang remeh pada kekuatan sebuah doa .
Sebab apa Tuhan ciptakan jarak ?
Sebab doa itu ada utk dekatkan hati kita .
Yang pada tika itu mula gundah pada sebuah kesetiaan .
Aku yakin pada kau , pada semua janji yang telah kita pateri ,
Aku yakin kau akan datang .
Percayalah , dalam setiap langkah kau , ada terselit secebis kasih daripada aku ,
Yg penting kau dan aku kena sama² usaha untuk realitikan fantasi kita .
Semoga kau sentiasa dalam rahmat tuhan , aiman .

Harapan

Sebab yg terzahir hanya bahagia .
Sebab nak beritakan pda semua bahawa dunia ini sentiasa punya harapan ,
Yang penting kau kena rajin usaha
Jangan kenal kalah selagi tak berhasil
Selagi apa yg kau impi tak tercapai .
Sebab aku nak jd inspirasi pada yang mencari ,
Bahawa jika aku boleh mengapa tidak engkau .?
Dugaan kita mungkin tak sama ,
Tapi aku tahu kau juga mampu .
Sebab wajah letih ayah itu penguat semangat ,
Wajah setia ibu menunggu pulangnya kau wahai anak itu azimat .
Takkan nak mengalah ,
Sanggup kau kecewakan mereka ?
Sungguh kau tidak bersyukur wahai anak andai dua harta pinjaman Tuhan itu kau persiakan , kau hampakan .

Dalam apa jua yg sedang kau perjuangkan ,
Percayalah ramai yg mendoakan ,
Selamat berusaha sahabat seperjuangan .
Moga syurga tempat kita berehlah kelak .
Aamiin

Bahagia?

Kadang mereka kata mereka mahu yg terbaik utk kita . Tapi mereka lupa kita tak bahagia dengan pilihannya mereka .

Walau hati membentak² kata tak mahu tapi akal terpaksa turutkan saja sebab bahagianya mereka itu mungkin juga bahagianya kita .

Apa lagi yang aku ada melainkan menurut ? Membantah sedikitpun hampir saja dunia memuntahkan lahar amarah yang menyesakkan seluruh urat nadiku . Hampir saja aku mati dibakar hidup² amarah itu .

Katanya hak bersuara , hak menyatakan pendapat . Ah persetankan semuanya . Semua tu tak ada selagi kau bergelar pelajar . Semua idea dan pandangan kau tiada nilai pada mata mereka .

Biarlah , bahagia mereka juga bahagianya aku . Biarlah jiwa ini menangis merintih pedih . Sebab aku mahu mereka semuanya bahagia walau bukannya aku .