Haih .

Apa lagi yang kau hendakkan bila kita dah bawa haluan masing² , bila aku dah sayang dengan semua yg aku ada bila aku dah tinggalkan kau dalam lipatan sejarah aku ?

Aku tak pernah terdetik pun nak ganggu hidup kau lagi dan kenapa kau tak boleh hormat aku jugak ? Kalau sebab aku dah mula berkasih , dah mula beri kepercayaan yg pernah kau cencang lumat tanpa perikemanusiaan kepada org lain yg buatkan kau marah sangat pada aku , aku minta maaf .

Aku dah buang kau jauh dari hidup aku . Kenapa kau datang dengan bawak kelukaan semula pada hati yg baru mahu subur dengan sinar bahagia ? Aku tak pernah bertepuk tangan gembira atas kegagalan kau dalam berkasih .

Tak boleh ke kau biarkan aku dengan hidup aku , aku tak pernah berazam pun utk membenci kau , kenapa penuh sangat kesumat dalam hati kau ?

Salah aku ke kalau kau tak bahagia ?

Lantaklah . Kita sama² dah besar , dah boleh fikir . Pedulilah kau nak cakap apa pasal aku . Bagi aku , kau dan aku , dahlama jadi memori . Hiduplah dengan bahagia dan tenang .