Stay focus for them

Kau tahu apa yang motivate aku untuk kekal fokus dengan hala tuju hidup aku?

Ya mak ayah aku .  klise kau kata ? Ya . Klise .

Aku bukan orang senang tak macam kau mungkin , kau tahu aku pernah balik naik lori kerja ayah aku sebab ayah aku tak dapat cuti nak ambil aku dari asrama .

Kenapa tak naik bas kau tanya ? Kalau aku pandai naik bas , aku tak susah kan ayah aku . Aku tak reti jujurnya . Aku kena ikut ayah aku kerja sebab syif dia tak habis lagi. Ya aku yg tak memandu ni rasa penat , lagilahnya kan ayah aku. 

Jadi aku tengok sendiri depan mata kepala aku ayah aku susah , apa lagi yang aku nak bagi kat dia selain kejayaan aku dlm akademik ? Satu kebanggan utk dia bila aku naik pentas . Terima anugerah .

Aku tengok penatnya ayah aku sampai aku rasa aku anak derhaka kalau aku bagi even sebutir B kat dia . Apa lagi yg aku perlu buat sedang ayah sediakan segala galanya utk aku .

Bila aku dapat anugerah aku nampak ayah puas , anak dia pun mampu jd macam anak org lain biar hidup serba tak cukup . Kau ! Yang ada segala² nya apa lagi yg kau nak ? Belajar lah !

Dan mak aku yg gigih motivate aku bila aku rasa dunia menentang aku , yg tu aku taknak banggakan ke . Aku tak mmpu balas semua yg diorang bagi , dengan cara ni je aku mampu bahagiakan dorang . Kau kata aku gifted?

Tak . Mereka tulang belakang dan jantung aku . Kau boleh tidur ke dlm kelas bila kau bayangkan muka mak ayah kau yg tengah susah payah cari duit ? Kalau kau mampu , wow! Anak jenis apa kau ni .

Belajar lah . Fokus pada perkara besar dalam hidup kau , nanti perkara² kecik tu datang . Jgn risau inshaaAllah . Bahagiakan mak ayah kau . Banggakan mereka selagi mereka ada . :')

0 penceramah blog farah:

Post a Comment

mekasih bagi komen! alah..tak rugi pun..farah tak caj apa2 kan?!! peacee~