kelakar ?

sikit aku tak rasa kelakar bilamana kau datang terhegeh - hegeh dekat aku
konon macam takde salah apa- apa
bersalah sangat katanya.. katanyalah
kenapa datang balik
bilamana kau yang buang aku jauh dari hidup kau ?
memang aku tak pernah cakap aku dah buang kau
tapi aku harap kau sedar mana letak duduk kau pada aku sekarang

kenapa datang balik bilamana aku dah terima hakikat ?
dah bahagia dengan apa yang aku ada ?
dah dah lah tu
aku tak perlu simpati
aku dah cakap sebelum ni
aku mampu hidup sendiri
bangkit berdikari saat orang lain mencaci maki

kau je yang tak tahu agaknya
aku move on sangat cepat
taknak dibayangi mimpi semalam
tak macam kau
terus terusan diburu rasa  bersalah
minta maaf tak henti-henti
kau ingat kelakarlah tu ?

kosong-kosong ?
emm .. tengoklah .
aku tak mampu yakinkan hati aku untuk terus berikan peluang
sekalipun aku percaya pada another chances..

tak payah nak cakap apa - apa dah
takpayah nak pecah kepala otak kau nak fikir dah
aku dah belajar dari silap khilaf aku
dan sekarang bukan masanya
untuk aku terus menyulam mimpi yang entah tak akan jadi realiti .

hiduplah kau dengan bahagia . kau yang buang aku . dan sekarang kau dapat balik apa yang kau nak ..

aku pun dah campak kau jauh dari hidup aku . just keep the distance ! 

0 penceramah blog farah:

Post a Comment

mekasih bagi komen! alah..tak rugi pun..farah tak caj apa2 kan?!! peacee~