entah

Satu demi satu huruf
Patah demi patah perkataan
Baris demi baris ayat
Dan satu esei lengkap jalan hidupku siap
Memang penat
Lelah nak hadapi semua
Tapi sampai bila aku nak hidup macam ni
Hidup menyusahkan ibu ayah
Sakit sengsara jiwa bilamana nak duit kena mintak pada mereka
Sedang mereka sendiri belum cukup segalanya
Perjuangan aku belum selesai
Belum sampai titik noktah
Selagi belum masa aku dijemput
Biar letih biar sakit
Aku nak berjaya
Biar sejuta kata cacian dilempar
Ni pilihan aku .
Aku yang akan berjuang
Bukan engkau atau sesiapa.

Berhenti jadi penghalang org yang nak berjaya
Berhenti menyibuk urusan orang lain
Berhenti rasa diri kau dah cukup hebat
Jangan jadi penyebab orang lain down

Kau tak faham betapa sukar nak bangun berdiri semula lepas kau tolak sampai jatuh terlentang
Tersungkur di tengah laluan manusia
Di pandang sepi tanpa belas malah diinjak
Susahnya nak bertatih semula
Nak bina keyakinan diri
Nak raih kepercayaan orang semula
Kau cuma tak faham dan taknak faham
Kau gelak di tengah tangisnya aku
Kau berbahagia bilamana aku merawat hati aku yng luka

Takpe kau cuma tak tahu
Makhluk macam kau ni buat aku kuat
Buat aku belajar kenal orang lain
Buat aku faham
Apa itu tabah
Apa itu jangan putus asa.

Takpelah .
Buatlah apa yang kau suka
Bila mana aku dah capai apa yang aku nak
Jangan kau pula yang jatuh tergolek
Sebab sibuk ketawakan orang lain
Sampai lupa niat asal kau hidup di dunia .

0 penceramah blog farah:

Post a Comment

mekasih bagi komen! alah..tak rugi pun..farah tak caj apa2 kan?!! peacee~