entah

Satu demi satu huruf
Patah demi patah perkataan
Baris demi baris ayat
Dan satu esei lengkap jalan hidupku siap
Memang penat
Lelah nak hadapi semua
Tapi sampai bila aku nak hidup macam ni
Hidup menyusahkan ibu ayah
Sakit sengsara jiwa bilamana nak duit kena mintak pada mereka
Sedang mereka sendiri belum cukup segalanya
Perjuangan aku belum selesai
Belum sampai titik noktah
Selagi belum masa aku dijemput
Biar letih biar sakit
Aku nak berjaya
Biar sejuta kata cacian dilempar
Ni pilihan aku .
Aku yang akan berjuang
Bukan engkau atau sesiapa.

Berhenti jadi penghalang org yang nak berjaya
Berhenti menyibuk urusan orang lain
Berhenti rasa diri kau dah cukup hebat
Jangan jadi penyebab orang lain down

Kau tak faham betapa sukar nak bangun berdiri semula lepas kau tolak sampai jatuh terlentang
Tersungkur di tengah laluan manusia
Di pandang sepi tanpa belas malah diinjak
Susahnya nak bertatih semula
Nak bina keyakinan diri
Nak raih kepercayaan orang semula
Kau cuma tak faham dan taknak faham
Kau gelak di tengah tangisnya aku
Kau berbahagia bilamana aku merawat hati aku yng luka

Takpe kau cuma tak tahu
Makhluk macam kau ni buat aku kuat
Buat aku belajar kenal orang lain
Buat aku faham
Apa itu tabah
Apa itu jangan putus asa.

Takpelah .
Buatlah apa yang kau suka
Bila mana aku dah capai apa yang aku nak
Jangan kau pula yang jatuh tergolek
Sebab sibuk ketawakan orang lain
Sampai lupa niat asal kau hidup di dunia .

sucks

Sebab ni kisah yang aku sendiri sakit hati menanggungnya. Kalau jadi pemimpin pelajar sekadar nak nampak segak infront of others better u take off ur uniforms . Memalukan . Kau ingat hebat pakai blazer segala tu? Tak selagi amanah kau tak buat .

Kalau kau rasa kau susah terima teguran .. tak boleh kena marah apsal pegi apply jadi pemimpin pelajar . Jangan jadi bodoh kalau setakat jawatan yang kau kejar . Kau ingat amanah ni allah tak tanya ke nanti ?

Kau tak payah nak melalak macam anjing tersepitlah . Kau sendiri pilih jalan nak jadi macam ni . Kau tak payah ungkit asyik kau je kena marah bilamana kau sendiri perangai haramjadah . Tak guna.

Kau rasa kau ada lesen nak pakai mp3 waktu prep bila kau pegang jawatan pemimpin pelajar ? Tak . Kau takde hak langsung . Kau jangan jadi sawan boleh tak. Memburukkan nama orang lain .

Kau rasa kau hebat sebenarnya kan? Huh . Bila orang tegur kau marah caci maki semua kau sebut . Bravo. Kalau kau tak tahan jadi pemimpin kau letak je lah jawatan weh. Org tak perlukan leader macam kau . Cengeng. Pantang diusik .

Ye memang aku ego . Mempertahankan apa yang aku rasa betul . Fikiran kau budak budak lagi walau hakikat nmpak macam aku yang childish . Kau tak kenal aku bolehlah mengaum sana sini kata aku keras kepala .

Aku tak harap lebih. Cukup kau fikir macam orang dewasa . Kita bukan tahap tadika lagi nak main masak masak segala.. sekarang masanya utk kita fikir masak masak . Tentukan jalan hidup kita . Bukan sekadar boneka yang melenting bila dikata.

Aku bukan yang obses dgn opinion orang . Lantak kau lah nak judge macam mana. Bukan aku yang akan berubah sematamata takut cacian orang. Bukan aku org yang hipokrit begitu.