Dia

Entah hati rasa apa . Kadang rasa bahagia . Kadang rasa derita. Aku bahagia bila dia ada . Bila dia layan kepala biul aku.. perangai tak matang aku . Dia layan aku macam dia tak boleh dapat yang lebih baik pekertinya yang lebih elok budinya . Aku segan sejujurnya .

Aku nak yang terbaik untuk dia untuk masa depan dia . Aku nak dia bahagia bila dengan aku. Aku taknak campur life dia sebab dia yang berhak decides apa yang dia nak . Aku nampak effort dia untuk berubah .. tapi biasalah sekali sekala kecundang .

Aku malu bila dia tgk aku .. sebab tu aku tak pernah layan dia .. biar dia sorang2 .. hakikatnya hati aku pedih buat dia macam tu . Orang selalu compare aku dgn org yang pernah datang dulu dalam life dia . Aku biarkan sekalipun hati aku tersiat . Lantaklah manusia asal aku dengan dia tahu apa dalam hati masing2 .

Dia orangnya yang dengar aku marah .. dia orangnya yang care pasal aku waktu org lain xde . Dia orangnya yang terpaksa tadah telinga dengar caci maki org terhadap sikap aku . Dia orangnya yang sntiasa rasa bersalah bila konflik berlaku antara aku dengan org lain.

Aku rasa sakit .. merindui dalam diam sekalipun dia ada depan mata . Ikhtilat .. aku sedang gigih menjaganya .. aku taknak hanyut . Dalam rasa yang belum tentu benarnya . Tapi tak salahkan kita menjaga apa yang kita ada sebelum semuanya hilang .

Susah sebenarnya menjaga hati dari terus mengingati dia. Tapi aku cuba . Ini jihad aku . Aku harap dia di sana tak lupa itu . Aku nak dia faham aku tak pernah benci dia . Aku malu untuk langgar batasan itu .

Ada rasa sendu bila nama lain dikaitkan . Rasa terhempap . Aku diamkan . Aku nak dia pilih dan corkkan apa yang dia nak . Aku doakan dia bahagia dngan apa yang dia suka .

0 penceramah blog farah:

Post a Comment

mekasih bagi komen! alah..tak rugi pun..farah tak caj apa2 kan?!! peacee~