rasa hati

Selagi Tuhan masih berikan aku kesempatan untuk bernafas . Takkan aku sia siakan peluang tu . Bagi sesetengah orang menulis di blog ni cliche . Tapi tak bagi aku dan mereka yang bergelar blogger.  Susah nak lepaskan minat menulis yang sangat dalam .

Aku bukan orangnya yang suka bergambar dan pos dkat laman sosial dengan caption merapu meraban . Itu bukan cara aku meluahkan apa yang terbuku tersarang didada . Cara aku.. menulis .. setiap bait kata akan terselit setiap jiwa aku .

Bukan aku kalau menulis tanpa rasa tanpa cinta . Entahlahh..

Aku letih sebenarnya  .. menanggung rasa perit rasa dihati sampai aku rasa aku nak lari dari dunia ni . Biar hilang tanpa siapa pun kisah dan peduli . Aku penat berlakon bahagia walhal hati sendiri menjerit pedih .. sakit ..

Banyak hati yang aku kena jaga .. sampai hati aku selalu merajuk menyenakkan dada aku sbb tak ada yang pedulikan dia . Tak ada yang nak sayang dia. Selalu aku bisik .. hati tabahlah hidup dekat dunia bukan sorang sorang .. jangan pentingkan diri . Dan hati aku terus berhenti menyempitkan nafas aku . Meninggalkan airmata membasahi wajah .

Kadang aku malas tahu apa yang berlaku . Aku tulikan telinga butakan mata. Sengaja . Akusakit dipijak pijak sesuka hati . Aku bukan pendendam orangnya .. tapi tipu kalau boleh terus maafkan salah orang . Dan begitulah hati aku .. api marahnya masih ada.. biar sikit tapi kalau meletup bahayanya masih ada.

Selalu aku rasa nak keluar dari sana . Mencari kebahagiaan sendiri .. tapi mengalah sebelum habis berjuang bukan diri aku . Biar perit . Biar torehannya makin dalam . Aku nak tgk ibu ngan ayah aku happy. Aku taknak kecewakan mereka . Biarlah sekejap je lagi . Bertahan .

Aku penat . Penat dengan mainan dunia . Entah bila.. semua ini akan berakhir

Dia

Entah hati rasa apa . Kadang rasa bahagia . Kadang rasa derita. Aku bahagia bila dia ada . Bila dia layan kepala biul aku.. perangai tak matang aku . Dia layan aku macam dia tak boleh dapat yang lebih baik pekertinya yang lebih elok budinya . Aku segan sejujurnya .

Aku nak yang terbaik untuk dia untuk masa depan dia . Aku nak dia bahagia bila dengan aku. Aku taknak campur life dia sebab dia yang berhak decides apa yang dia nak . Aku nampak effort dia untuk berubah .. tapi biasalah sekali sekala kecundang .

Aku malu bila dia tgk aku .. sebab tu aku tak pernah layan dia .. biar dia sorang2 .. hakikatnya hati aku pedih buat dia macam tu . Orang selalu compare aku dgn org yang pernah datang dulu dalam life dia . Aku biarkan sekalipun hati aku tersiat . Lantaklah manusia asal aku dengan dia tahu apa dalam hati masing2 .

Dia orangnya yang dengar aku marah .. dia orangnya yang care pasal aku waktu org lain xde . Dia orangnya yang terpaksa tadah telinga dengar caci maki org terhadap sikap aku . Dia orangnya yang sntiasa rasa bersalah bila konflik berlaku antara aku dengan org lain.

Aku rasa sakit .. merindui dalam diam sekalipun dia ada depan mata . Ikhtilat .. aku sedang gigih menjaganya .. aku taknak hanyut . Dalam rasa yang belum tentu benarnya . Tapi tak salahkan kita menjaga apa yang kita ada sebelum semuanya hilang .

Susah sebenarnya menjaga hati dari terus mengingati dia. Tapi aku cuba . Ini jihad aku . Aku harap dia di sana tak lupa itu . Aku nak dia faham aku tak pernah benci dia . Aku malu untuk langgar batasan itu .

Ada rasa sendu bila nama lain dikaitkan . Rasa terhempap . Aku diamkan . Aku nak dia pilih dan corkkan apa yang dia nak . Aku doakan dia bahagia dngan apa yang dia suka .

sakit

Susah . Susah sangat . Aku nak berubah tapi aku tak kuat .i' m surrounded by people yang mmg pesimis . Suka pandang serong apa yang org lain buat . Ntahlah . Aku harap aku kuat nk tempuh 2 tahun lebih ni .

Kadang sabar aku terhakis . Menangis sndiri tanpa suara . Kecewa tak payah cerita . They changed me a lot . Kadang apa yang aku tak buat dibesar-besarkan . Hati aku masih luka . Berdarah kerana torehan fitnah . Berjuta kali kau mintak maaf pun .. hati aku ni dah dalam sangat luka dia . It will not recover soon .

Sumpah! Aku masih kuat di situ sbb ibu ngan ayah je . Hati ni dah takde kat sana . Kosong . Kuat sbb aku yang pilih nak ke sana . Menyesal ? Tak . Setakat makhluk perosak macam kau .. tak boleh ubah pendirian aku .

Aku menyesal bila aku bagitahu aku nak berubah . Kau kutuk belakang aku lekehkan aku . Dan kau rasa kau je betul . Semua kau yang betul . Kau tak pernah nak faham semua yang kau sakiti sebab kau tak pernah rasa sakit tu . Kau bukan contoh teladan yang baik macam maksud nama kau tu.

Ya salah aku.. aku masih belum betul ikhlas nak kawan dengan kau . Nak maafkan kau . Hati aku sakit sangat . Aku mintak maaf kalau aku yang salah . Aku jauhkan diri sbb aku taknak sakitkan hati kau macam mana kau buat kat aku .

Kau jangan trkejut if one day aku berhenti bercakp dengan kau .. berhenti tegur kau . Sebb aku dah penat tgk drama x berbayar kau . Penat kena fitnah dengan kau . Sebb kau aku berhenti bercakap dgn org yg aku used to talk to . Sebab apa ? Dorang asyik ungkit fitnah yang ko buat. Kesan dia panjang sngat ,

Aku doakan yang terbaik utk kau. Aku harap one day takde yang sakitkan kau macam yg kau dah buat kat aku . Janji Allah pasti dan aku yakin :))

about her

Aku tak sangka . Aku ingat lepas kau mintak maaf everything would end up macam fairytale happily ever after. Aku silap . Trlalu naif buat keputusan . Terlalu naif sebab percaya kan kau . I thought a friend will happy dngan happiness kawan dia , and again u prove me wrong darling .

Its up to u nak buat apa . Nak treat org macam mana . Sbb kisah hidup kau .. kau yg corakkan . Bila kau dah tua and nothing can bring u happiness then jangan salahkan aku . Kau yang buat diri kau macam tu

Semua kau je kan nak betul . Kau kena ingat satu benda .. kalau kau tak mampu nak naikkan nama sekolah then better kau study hard to improve urself . Jangn sibuk nak halang usaha org lain nak majukan sekolah . Biar aku dengn kerja aku selesai sebelum akublah .

Tak sangka eh orang macam ko ni wujud . Tak expect pulak kalo ada pun org macam tu..kaulah makhluknya.. haritu beria menangis kat bahu aku mintak maaf . Its kinda funny babe . Tak cukup lagi ke kau burukkan nama aku sampai aku kena banned ? Kau ni mmg jenis anak yang susah adapt eh apa yang mama ngan abah kau ajar..

Konon diri tu dah sampai kebangsaan international segala.. fikiran masih kolot . Jauh tertinggal ,, aku tak faham apa yang ko tak puas hati sangat . Bahagia betul muka kau lepas  robekkan perasaan aku . Mana pergi hati kau ?

Aku penat bila tgk kau berusaha cari salah aku . Salah sendiri buat buat tak nampak . Kau rasa kau konfem syurga ye ? Alhamdulillah ., teruskanlah merosakkan hubungan dgn manusia lain. Hilang kawan macam kau pun aku tak peduli . Sikit tak , eh kejap ., kau kawan aku ke ? Layakke manusia macam kau aku panggil kawan ? Hahahaha ,,,