Budi . balik asrama .

oh well dan semua sedia maklum . esok tamatlah cuti penggal pertama sekolah . and secara official aku kena balik asrama . ye . asrama . and menjalani balik rutin rutin harian aku yang sangat overwhelmed tiring . huh . ops . farah tak baik mengeluh . (time ni aku dah sminggu kat asrama )

dah 3 years aku dekat sana. 3 years . satu tempoh yang agak lama . and of course tempoh yang mampu membina keperibadian seseorang . tapi well setiap kali mak ngan abah nak balik . airmata ni tetap mengalir deras macam sungai .

bukan nak mengada jauh sekali manja . but well , kalau korang tengok how much i'm attached to my makbapak korang akan faham kenapa aku senang menangis. mereka tak pampered kan kami adik beradik pun tapi the bond yang ikat kami tu sangat utuh .

honestly kadang kadang malu jugak dekat adik adik form 1 form 2 tengok aku menangis depan pintu asrama . hahahaha

hmm sebelum aku balik .. aku nak tunjuk ''adik beradik'' aku yang dah 3 tahun bersama . segala masam masin yang aku tempuh dengan diorang ni akan aku kenang sampai mati . inshaaAllah

ni gambar kelas aku time form one. abaikan muka yang sangat kepanasan disitu . dengan silau nya . pergh . diorang ni ada time aku sangat tersepit . well ada jelah kadang2 je tolong. well budians jangan marah ler, hahaha

 ni pulak sister2 aku . kami panggil diri kami divalicious. dah nama nya sister . mesti tak lari dari bercakaran tapi well .. alhamdulillah kami stay connected . haha
 haa ni pulak bukan classmate aku tapi dormmate aku. katil dia sebelah katil aku since form one sampai kami sama sama dah jejak kaki ke brunei. nama dia yana . inshaaALLAH aku sayang dia kerana Allah , yana , thanks sudi temankan saya selama ni . ukhuwahfillah abadan abada .
ni masa jamuan raya sekolah . well malam tu aku tak excited macam budak budak ni semua . sebab apa? that night aku sangat penat and demam sikit .


so tu je kot . aku harap persahabatan kita ni akan kekal sampai syurga . aku sayang korang kerana Allah . jangan lupa aku kalau dah berjaya nanti . hmm credit to sape sape punya gambar yang aku cilok . haha . muah .

love,
farzana

tenang dan bahagia

aku mungkin bukan manusia yang perfect untuk cakap a.k.a tulis pasal ni sebab life aku pun tak de lah happy mana. but well i'm just grateful with apa yang aku ada. Alhamdulillah. :)

aku lahir bukan dari keluarga yang berada but yeah apa yang aku nak setakat ni alhamdulillah still dapat. hmm .. but to be honest , family aku tak pernah lagi lah setakat ni bergaduh . and alhamdulillah from there aku dapat ketenangan dan kebahagiaan yang aku impikan.

untuk ketenangan . kau tak perlu banyak pun, beb.. cukuplah kau dkatkan diri kau dengan Tuhan . kau tinggalkanlah cinta dunia. kau kejar cinta dia and who knows? Dia akan bagi yang terbaik untuk kau.

kebahagiaan tu akan hadir bila kau jaga hati kau . jauhi hati kau dari hatred, mad , kedekut and yang sewaktu dengannya. kau tahu ? bila kau jaga hati kau .. inshaaAllah orang lain akan segan nak buat hati kau sakit secara terang terangan. hehe

nak lagi vogue.. redha mak bapak kena ada. kalau takde redha diorang kau usaha lah sampai nak tercabut rongga toraks pun .. kau tak dapat apa weh,  no calmness no happiness..

kau biar je orang nak kata apa pasal kau sebab ada dua sebab orang tak suka kita ..

  1. kita menikmati hidup kita
  2. dia tidak menikmati hidupnya

sape peduli apa orang lain fikir apa kan? biar je .. mulut dia dosa dia.. pahala kita dapat kan? kau tak payah buat muka sememeh macam tu lah.

kalau kau rasa nak marah dekat somebody kau tahan je .. sebab orang yang paling kuat ialah orang yang menahan amarahnya. kau buat chill .. mesti dia makin sakit hati.. hahaha .. bila kau bahagia dan tenang .. ibadah kau pun jadi mudah. rasa ikhlas nak buat amalan.

aku faham bukan mudah nak tahan lidah ni.. sebab kita imperfect . tapi bukan ke Allah sukakan kesempurnaan . why not giving yourself a chance to change? peluang sentiasa ada tapi macam mana nak manfaatkan .. terpulang pada diri kau. renung2kan dan selamat beramal, :)