2016

Perjalanan tahun ini akan terhenti sebaik hari ini habis . Tapi tak bermakna perjalanan hidup kita turut berhenti selagi tuhan masih izinkan kita hidup .

Well aku dah lama tak cerita pasal something yang menggembirakan aku . Well jiwa kompleks aku dibebani masalah walau zahirnya aku seorang yg gelak sentiasa .

Hahaha . Aku rindu zaman kanak² sekolah rendah aku . Bilamana aku cerita pasal semua benda macam lah best sangat experience tu 😂😂

Aku rindu jujurnya hidup tanpa tekanan melampau² . Next year aku dah 16 . Cepatkan masa berlalu?

Farah yang comel umur 12 tahun tu dah besar rupanya . Ehh? hahahaha .. aku suka baca entry dulu² aku yang syok sendiri tu . Rasa macam masa terundur ke belakang . Seriously aku rasa macam farah 12 tahun tu tgh cakap dengan future self dia . Haaha .

And again aku rasa aku malas nak besar . Haha so typical right . Tapi siapa je yang tak rindu nak jadi budak² . Please tell me who? Ahaha .

People expecting too much daripada aku . They expect me to understand them but they themselves are judging me like an asshole . Opps. Hahaha

Banyak sangat hati nak kena jaga . Aku tak berani nak cakap lebih² even ni blog aku . Buatnya ada yang stalk dah bermasam muka kan? Haha buduh perangai . dah stalk pastu nak sakit hati . Haha .

Oklah . In 2016 aku harap semua org dapat improve diri sndiri and stop from hating each other . And utk diri aku .. aku harap aku lebih tabah and rasional . may allah bless malaysia and all of us .

BPBMS

3 weeks and everything stopped . dah takde jumpa face to face .. dah takde gelak yang aku boleh dengar . kosong . tu yang aku rasa jujurnya .

ppcs yang temukan kami . dari serata malaysia kami dikutip and now semua dah terbang ke negeri masing2 semula . entah bila kita akan bersua temu muka

banyak yg aku belajar sepanjang kem ni . pasal adik bradik bpbms .. cikgu ain n cikgu tiqah . abg roy n kak piqa . inshaaAllah semuanya akan aku simpan kemas2 di dasar hati .

susah sebenarnya .. nak lepaskan semua kenangan kita .. dari macam mana kita jumpa sampai aku trpaksa lepaskan pelukan aku sbb korang nak balik . aku akan rindu semuanya .

sedih aku tak tahu nak cakap macam mana .

hanya doa yg mampu aku titipkan bersama korang yg semakin menjauh pergi .

kelakar ?

sikit aku tak rasa kelakar bilamana kau datang terhegeh - hegeh dekat aku
konon macam takde salah apa- apa
bersalah sangat katanya.. katanyalah
kenapa datang balik
bilamana kau yang buang aku jauh dari hidup kau ?
memang aku tak pernah cakap aku dah buang kau
tapi aku harap kau sedar mana letak duduk kau pada aku sekarang

kenapa datang balik bilamana aku dah terima hakikat ?
dah bahagia dengan apa yang aku ada ?
dah dah lah tu
aku tak perlu simpati
aku dah cakap sebelum ni
aku mampu hidup sendiri
bangkit berdikari saat orang lain mencaci maki

kau je yang tak tahu agaknya
aku move on sangat cepat
taknak dibayangi mimpi semalam
tak macam kau
terus terusan diburu rasa  bersalah
minta maaf tak henti-henti
kau ingat kelakarlah tu ?

kosong-kosong ?
emm .. tengoklah .
aku tak mampu yakinkan hati aku untuk terus berikan peluang
sekalipun aku percaya pada another chances..

tak payah nak cakap apa - apa dah
takpayah nak pecah kepala otak kau nak fikir dah
aku dah belajar dari silap khilaf aku
dan sekarang bukan masanya
untuk aku terus menyulam mimpi yang entah tak akan jadi realiti .

hiduplah kau dengan bahagia . kau yang buang aku . dan sekarang kau dapat balik apa yang kau nak ..

aku pun dah campak kau jauh dari hidup aku . just keep the distance ! 

entah

Satu demi satu huruf
Patah demi patah perkataan
Baris demi baris ayat
Dan satu esei lengkap jalan hidupku siap
Memang penat
Lelah nak hadapi semua
Tapi sampai bila aku nak hidup macam ni
Hidup menyusahkan ibu ayah
Sakit sengsara jiwa bilamana nak duit kena mintak pada mereka
Sedang mereka sendiri belum cukup segalanya
Perjuangan aku belum selesai
Belum sampai titik noktah
Selagi belum masa aku dijemput
Biar letih biar sakit
Aku nak berjaya
Biar sejuta kata cacian dilempar
Ni pilihan aku .
Aku yang akan berjuang
Bukan engkau atau sesiapa.

Berhenti jadi penghalang org yang nak berjaya
Berhenti menyibuk urusan orang lain
Berhenti rasa diri kau dah cukup hebat
Jangan jadi penyebab orang lain down

Kau tak faham betapa sukar nak bangun berdiri semula lepas kau tolak sampai jatuh terlentang
Tersungkur di tengah laluan manusia
Di pandang sepi tanpa belas malah diinjak
Susahnya nak bertatih semula
Nak bina keyakinan diri
Nak raih kepercayaan orang semula
Kau cuma tak faham dan taknak faham
Kau gelak di tengah tangisnya aku
Kau berbahagia bilamana aku merawat hati aku yng luka

Takpe kau cuma tak tahu
Makhluk macam kau ni buat aku kuat
Buat aku belajar kenal orang lain
Buat aku faham
Apa itu tabah
Apa itu jangan putus asa.

Takpelah .
Buatlah apa yang kau suka
Bila mana aku dah capai apa yang aku nak
Jangan kau pula yang jatuh tergolek
Sebab sibuk ketawakan orang lain
Sampai lupa niat asal kau hidup di dunia .

sucks

Sebab ni kisah yang aku sendiri sakit hati menanggungnya. Kalau jadi pemimpin pelajar sekadar nak nampak segak infront of others better u take off ur uniforms . Memalukan . Kau ingat hebat pakai blazer segala tu? Tak selagi amanah kau tak buat .

Kalau kau rasa kau susah terima teguran .. tak boleh kena marah apsal pegi apply jadi pemimpin pelajar . Jangan jadi bodoh kalau setakat jawatan yang kau kejar . Kau ingat amanah ni allah tak tanya ke nanti ?

Kau tak payah nak melalak macam anjing tersepitlah . Kau sendiri pilih jalan nak jadi macam ni . Kau tak payah ungkit asyik kau je kena marah bilamana kau sendiri perangai haramjadah . Tak guna.

Kau rasa kau ada lesen nak pakai mp3 waktu prep bila kau pegang jawatan pemimpin pelajar ? Tak . Kau takde hak langsung . Kau jangan jadi sawan boleh tak. Memburukkan nama orang lain .

Kau rasa kau hebat sebenarnya kan? Huh . Bila orang tegur kau marah caci maki semua kau sebut . Bravo. Kalau kau tak tahan jadi pemimpin kau letak je lah jawatan weh. Org tak perlukan leader macam kau . Cengeng. Pantang diusik .

Ye memang aku ego . Mempertahankan apa yang aku rasa betul . Fikiran kau budak budak lagi walau hakikat nmpak macam aku yang childish . Kau tak kenal aku bolehlah mengaum sana sini kata aku keras kepala .

Aku tak harap lebih. Cukup kau fikir macam orang dewasa . Kita bukan tahap tadika lagi nak main masak masak segala.. sekarang masanya utk kita fikir masak masak . Tentukan jalan hidup kita . Bukan sekadar boneka yang melenting bila dikata.

Aku bukan yang obses dgn opinion orang . Lantak kau lah nak judge macam mana. Bukan aku yang akan berubah sematamata takut cacian orang. Bukan aku org yang hipokrit begitu.

rasa hati

Selagi Tuhan masih berikan aku kesempatan untuk bernafas . Takkan aku sia siakan peluang tu . Bagi sesetengah orang menulis di blog ni cliche . Tapi tak bagi aku dan mereka yang bergelar blogger.  Susah nak lepaskan minat menulis yang sangat dalam .

Aku bukan orangnya yang suka bergambar dan pos dkat laman sosial dengan caption merapu meraban . Itu bukan cara aku meluahkan apa yang terbuku tersarang didada . Cara aku.. menulis .. setiap bait kata akan terselit setiap jiwa aku .

Bukan aku kalau menulis tanpa rasa tanpa cinta . Entahlahh..

Aku letih sebenarnya  .. menanggung rasa perit rasa dihati sampai aku rasa aku nak lari dari dunia ni . Biar hilang tanpa siapa pun kisah dan peduli . Aku penat berlakon bahagia walhal hati sendiri menjerit pedih .. sakit ..

Banyak hati yang aku kena jaga .. sampai hati aku selalu merajuk menyenakkan dada aku sbb tak ada yang pedulikan dia . Tak ada yang nak sayang dia. Selalu aku bisik .. hati tabahlah hidup dekat dunia bukan sorang sorang .. jangan pentingkan diri . Dan hati aku terus berhenti menyempitkan nafas aku . Meninggalkan airmata membasahi wajah .

Kadang aku malas tahu apa yang berlaku . Aku tulikan telinga butakan mata. Sengaja . Akusakit dipijak pijak sesuka hati . Aku bukan pendendam orangnya .. tapi tipu kalau boleh terus maafkan salah orang . Dan begitulah hati aku .. api marahnya masih ada.. biar sikit tapi kalau meletup bahayanya masih ada.

Selalu aku rasa nak keluar dari sana . Mencari kebahagiaan sendiri .. tapi mengalah sebelum habis berjuang bukan diri aku . Biar perit . Biar torehannya makin dalam . Aku nak tgk ibu ngan ayah aku happy. Aku taknak kecewakan mereka . Biarlah sekejap je lagi . Bertahan .

Aku penat . Penat dengan mainan dunia . Entah bila.. semua ini akan berakhir

Dia

Entah hati rasa apa . Kadang rasa bahagia . Kadang rasa derita. Aku bahagia bila dia ada . Bila dia layan kepala biul aku.. perangai tak matang aku . Dia layan aku macam dia tak boleh dapat yang lebih baik pekertinya yang lebih elok budinya . Aku segan sejujurnya .

Aku nak yang terbaik untuk dia untuk masa depan dia . Aku nak dia bahagia bila dengan aku. Aku taknak campur life dia sebab dia yang berhak decides apa yang dia nak . Aku nampak effort dia untuk berubah .. tapi biasalah sekali sekala kecundang .

Aku malu bila dia tgk aku .. sebab tu aku tak pernah layan dia .. biar dia sorang2 .. hakikatnya hati aku pedih buat dia macam tu . Orang selalu compare aku dgn org yang pernah datang dulu dalam life dia . Aku biarkan sekalipun hati aku tersiat . Lantaklah manusia asal aku dengan dia tahu apa dalam hati masing2 .

Dia orangnya yang dengar aku marah .. dia orangnya yang care pasal aku waktu org lain xde . Dia orangnya yang terpaksa tadah telinga dengar caci maki org terhadap sikap aku . Dia orangnya yang sntiasa rasa bersalah bila konflik berlaku antara aku dengan org lain.

Aku rasa sakit .. merindui dalam diam sekalipun dia ada depan mata . Ikhtilat .. aku sedang gigih menjaganya .. aku taknak hanyut . Dalam rasa yang belum tentu benarnya . Tapi tak salahkan kita menjaga apa yang kita ada sebelum semuanya hilang .

Susah sebenarnya menjaga hati dari terus mengingati dia. Tapi aku cuba . Ini jihad aku . Aku harap dia di sana tak lupa itu . Aku nak dia faham aku tak pernah benci dia . Aku malu untuk langgar batasan itu .

Ada rasa sendu bila nama lain dikaitkan . Rasa terhempap . Aku diamkan . Aku nak dia pilih dan corkkan apa yang dia nak . Aku doakan dia bahagia dngan apa yang dia suka .

sakit

Susah . Susah sangat . Aku nak berubah tapi aku tak kuat .i' m surrounded by people yang mmg pesimis . Suka pandang serong apa yang org lain buat . Ntahlah . Aku harap aku kuat nk tempuh 2 tahun lebih ni .

Kadang sabar aku terhakis . Menangis sndiri tanpa suara . Kecewa tak payah cerita . They changed me a lot . Kadang apa yang aku tak buat dibesar-besarkan . Hati aku masih luka . Berdarah kerana torehan fitnah . Berjuta kali kau mintak maaf pun .. hati aku ni dah dalam sangat luka dia . It will not recover soon .

Sumpah! Aku masih kuat di situ sbb ibu ngan ayah je . Hati ni dah takde kat sana . Kosong . Kuat sbb aku yang pilih nak ke sana . Menyesal ? Tak . Setakat makhluk perosak macam kau .. tak boleh ubah pendirian aku .

Aku menyesal bila aku bagitahu aku nak berubah . Kau kutuk belakang aku lekehkan aku . Dan kau rasa kau je betul . Semua kau yang betul . Kau tak pernah nak faham semua yang kau sakiti sebab kau tak pernah rasa sakit tu . Kau bukan contoh teladan yang baik macam maksud nama kau tu.

Ya salah aku.. aku masih belum betul ikhlas nak kawan dengan kau . Nak maafkan kau . Hati aku sakit sangat . Aku mintak maaf kalau aku yang salah . Aku jauhkan diri sbb aku taknak sakitkan hati kau macam mana kau buat kat aku .

Kau jangan trkejut if one day aku berhenti bercakp dengan kau .. berhenti tegur kau . Sebb aku dah penat tgk drama x berbayar kau . Penat kena fitnah dengan kau . Sebb kau aku berhenti bercakap dgn org yg aku used to talk to . Sebab apa ? Dorang asyik ungkit fitnah yang ko buat. Kesan dia panjang sngat ,

Aku doakan yang terbaik utk kau. Aku harap one day takde yang sakitkan kau macam yg kau dah buat kat aku . Janji Allah pasti dan aku yakin :))

about her

Aku tak sangka . Aku ingat lepas kau mintak maaf everything would end up macam fairytale happily ever after. Aku silap . Trlalu naif buat keputusan . Terlalu naif sebab percaya kan kau . I thought a friend will happy dngan happiness kawan dia , and again u prove me wrong darling .

Its up to u nak buat apa . Nak treat org macam mana . Sbb kisah hidup kau .. kau yg corakkan . Bila kau dah tua and nothing can bring u happiness then jangan salahkan aku . Kau yang buat diri kau macam tu

Semua kau je kan nak betul . Kau kena ingat satu benda .. kalau kau tak mampu nak naikkan nama sekolah then better kau study hard to improve urself . Jangn sibuk nak halang usaha org lain nak majukan sekolah . Biar aku dengn kerja aku selesai sebelum akublah .

Tak sangka eh orang macam ko ni wujud . Tak expect pulak kalo ada pun org macam tu..kaulah makhluknya.. haritu beria menangis kat bahu aku mintak maaf . Its kinda funny babe . Tak cukup lagi ke kau burukkan nama aku sampai aku kena banned ? Kau ni mmg jenis anak yang susah adapt eh apa yang mama ngan abah kau ajar..

Konon diri tu dah sampai kebangsaan international segala.. fikiran masih kolot . Jauh tertinggal ,, aku tak faham apa yang ko tak puas hati sangat . Bahagia betul muka kau lepas  robekkan perasaan aku . Mana pergi hati kau ?

Aku penat bila tgk kau berusaha cari salah aku . Salah sendiri buat buat tak nampak . Kau rasa kau konfem syurga ye ? Alhamdulillah ., teruskanlah merosakkan hubungan dgn manusia lain. Hilang kawan macam kau pun aku tak peduli . Sikit tak , eh kejap ., kau kawan aku ke ? Layakke manusia macam kau aku panggil kawan ? Hahahaha ,,,

entah

sakit . kerap sangat aku disakiti sampai aku dah tak hairan apa yang terjadi keliling aku . sabar . azimat yang masih buat aku mampu untuk berdiri dan tersenyum dekat khalayak , bukan tak kisah cuma aku malas kisah apa yang terjadi didepan aku .

kena kutuk depan muka tak jadi nanah sikit pun pada aku . it can't harm me dear. orang orang yang aku sayang semua kena sekali . pernah rasa fed-up nak pindah dari sini .. but abah's words terngiang-ngiang kat telinga ni .. sebab ayah sayang ayah hantar sini . nak kakak rasa apa tu hidup . life doesn't get easier kan ?

kesian ibu .. kadang kadang her night kena curi dengar cerita aku . cerita yang hmm .. entahlah . kadang kadang menangis .. i cant stay strong too long . takde siapa yang aku nak cerita melainkan Dia . orang lain tetap tak faham apa aku rasa sebab .. entahlah .. people blaming me back ..

aku bukan jenis manusia yang suka dendam .. simpan marah lama-lama.. bila marah aku reda .. habislah sampai situ . tak sangka pulak ada orang yang makan hati dengan apa aku cakap . prefects turn me to be honest dengan apa yang aku rasa , tak perlu aku rasa nak libatkan orang orang yang penting dalam life aku .

kenapa susah sangat nak biar orang lain dengan life dia .? kenapa perlu judge ? kita tak perfect sayang .

exam makin dekat ,. pressure makin banyak . aku tak mengharapkan doa kau .. cukuplah Allah .. mak ayah .. family and cikgu2 aku tahu apa yang aku tgh usahakan . takpe .. kalau rezeki aku murah .. aku dah takkan menyemak dekat sini lagi . doa2kanlah rezeki aku murah so that i can stay far from you :)

aku dah penat biar hati aku diinjak disakiti sesuka hati . kadang pohon sabar aku nyaris tumbang . kau bukan lawan aku dalam membidas kata . takut kau yang jatuh lemah longlai sebelum berani membuka kata .. kerana apa ? kata-kata kau tu dusta ,

entahlah apa yang tidak dipuashatikan . sebab aku adalah aku dan dia adalah dia? huh . aku tak rasa sesiapa akan peduli kalau bukan aku yang bersama dia . kau tahu ? sekurang-kurangnya aku menjadi suku dari dia . sedangkan kau langsung tidak bererti bagi dia .

aku akan teruskan sebab dihantar ke sini adalah pilihan aku . takdir aku . aku akan usahakan sampai aku berjaya biar sekolah ini dicaci dimaki diluar sana . aku tahu Allah bersama aku . melindungi aku dari setiap kekejaman yang kau dah rancangkan .

entahlah biarkan .. aku bahagia dengan life aku even kau tak bahagia tengok aku bahagia  . aku bersyukur dengan apa yang aku ada . alhamdulillah :)

journey

my journey as a lowerform student hampir tiba ke destinasi . yeah dan untuk pengetahuan korang walaupun korang tak nak tahu tahun ni aku akan menduduki PT3 , *clap*

there's a lot to think . to study . to decide .. as bila dah jadi upperform bukan masa untuk aku have fun macam kanak kanak ribena lagi . fikiran kena jauh . im goin' to miss my childhood time . masa aku carefree-mampus-kau-nak-buat-apa .

and now . i need to leave all the sweetest greatest memory deep dalam hati , hidup dalam kenangan tak begitu membahagiakan . so  i need to create more memories so that i can tell my cucu nanti .  :D

back to pt3 . *sigh*

hope me and my batch (al falah) can perform our best . nak raih balik kepercayaan cikgu . inshaa Allah .

aku punya mid year pun dah dekat , doa doakan lah aku ye ? :)

aku pun tak sure bila lagi boleh menaip . harap ALLAH kurniakan aku kelapangan masa so that i can write again . see you later , assalammualaikum . waalaikumsalam.

Budi . balik asrama .

oh well dan semua sedia maklum . esok tamatlah cuti penggal pertama sekolah . and secara official aku kena balik asrama . ye . asrama . and menjalani balik rutin rutin harian aku yang sangat overwhelmed tiring . huh . ops . farah tak baik mengeluh . (time ni aku dah sminggu kat asrama )

dah 3 years aku dekat sana. 3 years . satu tempoh yang agak lama . and of course tempoh yang mampu membina keperibadian seseorang . tapi well setiap kali mak ngan abah nak balik . airmata ni tetap mengalir deras macam sungai .

bukan nak mengada jauh sekali manja . but well , kalau korang tengok how much i'm attached to my makbapak korang akan faham kenapa aku senang menangis. mereka tak pampered kan kami adik beradik pun tapi the bond yang ikat kami tu sangat utuh .

honestly kadang kadang malu jugak dekat adik adik form 1 form 2 tengok aku menangis depan pintu asrama . hahahaha

hmm sebelum aku balik .. aku nak tunjuk ''adik beradik'' aku yang dah 3 tahun bersama . segala masam masin yang aku tempuh dengan diorang ni akan aku kenang sampai mati . inshaaAllah

ni gambar kelas aku time form one. abaikan muka yang sangat kepanasan disitu . dengan silau nya . pergh . diorang ni ada time aku sangat tersepit . well ada jelah kadang2 je tolong. well budians jangan marah ler, hahaha

 ni pulak sister2 aku . kami panggil diri kami divalicious. dah nama nya sister . mesti tak lari dari bercakaran tapi well .. alhamdulillah kami stay connected . haha
 haa ni pulak bukan classmate aku tapi dormmate aku. katil dia sebelah katil aku since form one sampai kami sama sama dah jejak kaki ke brunei. nama dia yana . inshaaALLAH aku sayang dia kerana Allah , yana , thanks sudi temankan saya selama ni . ukhuwahfillah abadan abada .
ni masa jamuan raya sekolah . well malam tu aku tak excited macam budak budak ni semua . sebab apa? that night aku sangat penat and demam sikit .


so tu je kot . aku harap persahabatan kita ni akan kekal sampai syurga . aku sayang korang kerana Allah . jangan lupa aku kalau dah berjaya nanti . hmm credit to sape sape punya gambar yang aku cilok . haha . muah .

love,
farzana

tenang dan bahagia

aku mungkin bukan manusia yang perfect untuk cakap a.k.a tulis pasal ni sebab life aku pun tak de lah happy mana. but well i'm just grateful with apa yang aku ada. Alhamdulillah. :)

aku lahir bukan dari keluarga yang berada but yeah apa yang aku nak setakat ni alhamdulillah still dapat. hmm .. but to be honest , family aku tak pernah lagi lah setakat ni bergaduh . and alhamdulillah from there aku dapat ketenangan dan kebahagiaan yang aku impikan.

untuk ketenangan . kau tak perlu banyak pun, beb.. cukuplah kau dkatkan diri kau dengan Tuhan . kau tinggalkanlah cinta dunia. kau kejar cinta dia and who knows? Dia akan bagi yang terbaik untuk kau.

kebahagiaan tu akan hadir bila kau jaga hati kau . jauhi hati kau dari hatred, mad , kedekut and yang sewaktu dengannya. kau tahu ? bila kau jaga hati kau .. inshaaAllah orang lain akan segan nak buat hati kau sakit secara terang terangan. hehe

nak lagi vogue.. redha mak bapak kena ada. kalau takde redha diorang kau usaha lah sampai nak tercabut rongga toraks pun .. kau tak dapat apa weh,  no calmness no happiness..

kau biar je orang nak kata apa pasal kau sebab ada dua sebab orang tak suka kita ..

  1. kita menikmati hidup kita
  2. dia tidak menikmati hidupnya

sape peduli apa orang lain fikir apa kan? biar je .. mulut dia dosa dia.. pahala kita dapat kan? kau tak payah buat muka sememeh macam tu lah.

kalau kau rasa nak marah dekat somebody kau tahan je .. sebab orang yang paling kuat ialah orang yang menahan amarahnya. kau buat chill .. mesti dia makin sakit hati.. hahaha .. bila kau bahagia dan tenang .. ibadah kau pun jadi mudah. rasa ikhlas nak buat amalan.

aku faham bukan mudah nak tahan lidah ni.. sebab kita imperfect . tapi bukan ke Allah sukakan kesempurnaan . why not giving yourself a chance to change? peluang sentiasa ada tapi macam mana nak manfaatkan .. terpulang pada diri kau. renung2kan dan selamat beramal, :)

kawan ?

talking about friends.. there's a lot of them... tapi tak semuanya akan stay dengan kita .. perangai yang macam macam ... fikiran yang berbeza..

in friendship ... kena ada kepercayaan inshaaAllah persahabatan tu akan kekal. trust me , kau kawanlah dengan someone tu 10 tahun pun , kalau still ada perasaan syak wasangka dalam hati kau dan dia that friendship will over. tak bertahan pun.

now on, peritnya pengkhianatan tu rasa macam pftt.. someone yang kau panggil kawan yang kau tolong masa dia tersepit nak mati sanggup buat macam-macam just nak jatuhkan kau. Bravo! hebat permainan dia.

orang yang kau tak pernah expect akan tolong kau masa kau susah dengan rela hatinya mempertahankan kau. bapak terharu rasa ! semua yang selama ni kata akan support kau time susah senang blah macam kau hina jijik gila dekat mata kepala diorang, Janji Melayu!

betullah kata orang, kawan masa senang ramai, masa susah boleh bilang. i'm just so fine sebab nilah masa aku nak kenal siapa kawan aku sebenarnya. kata lah apa kau nak kata .. hati ni dah tepu .. lali dengan kata cercaan,

kau pergilah pelosok dunia mana pun.. orang akan kata kau ni memang tak boleh dmaafkan sebab kau khianat kawan kau sendiri.. tapi hati aku perlukan ketenangan ... even kau tak layak dimaafkan.kau buatlah apa kau rasa nak buat dekat aku.. aku malas nak ambil peduli...:)

cukuplah Allah bagi aku.. Dia Maha Mengetahui. aku maafkan kau .. cerita sini habis sini. :) alhamdulillah aku bahagia dengan life aku even kau tak bahagia tgk aku bahagia. membusuklah hati dengan dendam kesumat .. haha :D

Dunia

semakin kita melangkah ke tahun baru semakin menandakan singkatnya perjalanan hidup kita. and for this year farah dah naik lagi satu angka dari 14 ke 15. ye tahun farah pt3 . wish me luck eh. dah banyak kenangan yang farah kutip sepanjang tahun 2014 yang lalu. yang paling memberi impak dalam hidup farah mestilah tentng persahabatan.

well, farah bukanlah orang yang selayaknya nak bagi nasihat sebab ilmu belum cukup didada namun pengalaman yang mematangkan kita , kan?

farah mintak sangat kepada semua .. macam mana member ketat pun someone tu dengan kita , jangan kita dedahkan rahsia kita . nanti bila member ketat jadi musuh ketat sape yang susah kan? tahun ni jugak farah dapat adik2 baru lagi di hostel. mesti meriah asrama ni nanti.

masuk tahun baru menandakan bermulanya berbagai2 amanah yang disettlekan . harap farah mampu go on dengan semua ni .

farah tak mensasarkan banyak pada tahun ini. farah cuma harap farah mampu nak capai target2 farah tu sepanjang tahun ni.

semoga tahun 2015 membawa sinar bukan saja kepada farah tetapi kepada satu dunia. in shaa ALLAH