Jerebu Rindu

wello and assalamualaikum #superFaFa .. well. guys .. farah mungkin akan balik dalam jangka masa 3 minggu lagi. weh tengok ayat batak hot dia kat situ.. muakaka XD . i absolutely miss all of you. esp. kak Mai a.k.a garang tahap mak tiri bawah putih bawang merah.. kak Lyana.. a.k.a mama + kakak . opss.. family tak payah cerita lah rindu dia macam mana.,. rindu tahap gunung berapi nak meletus.. huh -,-

well.. semua orang dah sedia maklumkan pasal jerebu yang melanda negara tanah tumpah darah kita ni kan? ghmm,, mula kena jerebu paling teruk kat selatan tanah air kita ni kan? huhu.. tau tak masa 20/ 6tu IPU merekodkan muar kawasan yang paling terjejas teruk..

nak dijadikan wayang kulit dalam blog ni... farah dengan rombongan netball dari SHAH + InSTA dah bertolak ke muar utk HKSBP,. farah pun tak tau macam mna nak describe HKSBP ni. ni kira SBP bertanding dengan sbp yang lainnya lah . ehh lari tajuk pulak.. macam ni.. dari pekan , pahang kitaorang pun bertolak lah ke muar.. farah tak ingat lah bertolak pukul berapa tapi yang pastinya farah tidur macam beruang putih berhibenasi dalam bas yang sejuk tu.


masa tu .lepas lunch kat giant muar.. kitorang pun naik bas and get ready nak ke sekolah yang tak berapa jauh dari situ.. . tetiba jurulatih2 netball merangkap cikgu sekolah kitaorang ni cakap NETBALL IS CANCELLED! SENTAP sangat. yelah dah naik kematu punggung duduk dalam bas.. tetiba kena balik.. sedih sangat.. tapi ... APA YANG TERJADI ADA KEBAIKANNYA harus pejam mata dan balik SHAH saja..

huhu.. sedih sangat.. sampai sekolah dekat pukul 3 pagi.. dah lah pagar aspuri masa tu dah kunci semua.. kesian makcik guard.. terganggu tidur dia dengan kebalikan kita orang yang tak diduga. bapak letihnya naik tangga dengan luggage yg lagi besar dari badan! huh.. balik terus tidur.. bangun esoknya .. semua orng ingat diorang mimpi tengfok saya balik aspuri.. haih jerebu..jerebu

dah lah dah sejuk tangan farah menaip kat makmal akses ni.. doakan farah berjaya tau... farah sayang  korng dunia akhirat..

salam perantauan *sangat*

FARZ