Demam

holla

tau sebab apa dah lama takde entry dalam ni? haha.. puncanya ialah apabila terlalu lama berada di asrama dan asyik belajar belajar dan belajar .. otak jadi bengap lalu terhapuslah ingatan terhadap password blog kesayanganss ini! tapi semalam selepas mengemas beg2 yang berselerakan dalam bilik pink purple ku itu.. terjumpalah sekeping kertas kajang yang membawa sejuta rahmat kepada diri farah ni.. PASSWORD EMEL UTAMA!!!!!

ya ALLAH perasaan masa tu bahagiaa sangat bagaikan dunia ana yang punyaaaaaaaaa.... tapi masa baru nak menaip line buat hal.. rasa nak hempok2 je.. kehkeh.. malas nak spoilkan mood yang membara semarak api yang menjulang2 tinggi untuk menaip ni .. dipersilakan farah farzana dengan cerita nya bagaimana dia boleh berada di rumah utk menaip ini... dengan segala hormatnya dipersilakan..

macam nii..

ceritanya bermula apabila kakak senior nak buat pemilihan atlet yang akan ke MSSD .. form one yang mempunyai kebolehan dalam bidang-ii yang disebutkan kena masuk dalam acara tu utk melihat sejauh mana potensi dia.. ceh ayat farah .. n then farah pun lari la dalam acara 800m .. dua kali pusing padang n dapat lah nombor 2.. dalam panas2 + padang lecak nya ..

n then bila naik hostel rasa semacam je.. nak muntah ada macam-ii ada lah macam rojak pasembor pun ada juga.. bila malam nya farah dah start to nak demam.. tahan lagi.. hari jumaat tu macam dah ok... malam buat hal pulak.. sampai la seterusnya hari ahad masa parents farah datang melawat... malam tu farah demam panas .. letih kakak angkat farah jaga farah ni..

n then isnin dapat mc sampai selasa .. tapi farah dah tak tahan... farah nak balik... ibu pun call GPK HEM. beliau bagi balik.. bila gi kat doktor kat kuantan ni dia bagi mc lagi 3 hari .. jadinya farah balik ahad ni... taknak balik asramaa.. sekarang baru lah farah faham macam mana rasa homesick!! ni yang tak sabar nak jadi senior ni... kahkahkah :D

tu le citernya macam mana boleh sampai ke kuantan pada minggu tak balik ni.. dan percayalah.... farah punya PBS + LATIHAN + NOTA mesti berlambak2.. aduhhhhh.. peningdah kepala nio... kehehehehehe... oklah jari jemari pun rasa dah nak tercabut je dari sendi dia ni.. ok farah berhenti menaip sekejap.. nnt farah buat entry schedule ye... keluar sejuk2 dari oven.. assalamaualaaikum..

1 penceramah blog farah:

Lyana's Page said...

akak habis dah baca entry baru farah..hehe.. balik asrama blk, pulun balik mana2 yg tertinggal tau. jaga diri, jaga kesihatan kat sana tau.. ;)

akak doaakan farah tau.. :D

Post a Comment

mekasih bagi komen! alah..tak rugi pun..farah tak caj apa2 kan?!! peacee~