Farah pergi.. doakan farah

assalamualaikum super FaFa n my readers.. apa khabar.. farah doakan semoga kesemuanya dalam lindungan ALLAH aamiin..

ini mungkin entry terakhir daripda farah buat masa ni.. pada masa akan datang farah tak tau lagi , mungkin kerana kekangan masa .. farah tak tau bila lagi dapat berceloteh menghiburkan hati stalker-stalker sekalian.. ishh.. belum apa-apa lagi farah dah kata farah ada stalker..memang tak patut betul budak sorang ni..

farah menaip berjela-jela bukannya ada yang baca pun.. tapi farah kisah apa sebab blog ni blog personal farah.. bukan blog share-share ngan orang or apa-apa yang seangkatan dengannya.. blogger cantik yang berkemungkinan menjadi anak angkat keluarga farah . ''Anis Farhana'' telah pun selamat duduk di hostel.. farah ni hanya menghitung hari je.. ceh macam nak kahwin la pulak lagaknya.. kehkeh..

kali ini entry lebih menjurus kepada gaya ala-ala novel .. mungkin sebab pengaruh Kak AinMaisarah yang terkenal tu!! ceh.. kesian kak AinMaisarah .. tak tau apa-apa tiba-tiba nama beliau disabit rumputkan.. semoga beliau tidak tersedak ketika ini.. hahahahaa

farah tak tau nak menulis apa.. kerana semangat farah untuk ke asrama terlalu berkobar-kobar.. aiseywoman.. action nya budak ni.. tapi farah kena redha la sebab lepas ni  .. NO MORE TWITTER,FACEBOOK,BLOG,YOUTUBE... and paling farah terkesan bila NO MORE PARENTS NO MORE FAMILY kat sana.. tapi inilah pengorbanan yang harus farah bayar demi mengecap manisnya bercinta kejayaan.. in shaa ALLAH..

farah ikut jejak langkah blogger pemesh Aina Hanani yang buat entry schedule.. tapi rasa macam tak kena lah pulak.. ye lah followers farah ciputt.. besar kuman je.. followers aina besar gajah ..gedabak saiznya.. kehkeh.. farah rasa rendah diri pulak .. ye la.. readers mesti tunggu kemunculan entry aina.. farah? ntah2 takdak readers pun.. huhu :')

tapi farah peduli apa.. farah masih ada penggemar-penggemar tulisan farah kat blog ni.. selalu request entry .. sampai farah terpaksa terangkan bahawa entry yang dibacanya itu baru di''terbit'' kan.. mak aihh.. *farah perasan woii * kahkahkah...

hmm.. sejak takde abang kat rumah ni rasa sunyi.. farah takde kawan nak diajak bergaduh.. takde kawan nak diajak bergurau.. bukan takde adik.. tapi rasa ada abang tu lain sikit .. adik-adik kecik sangat nak gurau lebih-lebih karang nangis.. farah malas mujuknya.. sila jangan tiru farah .. !!

oklah.. doakan farah dapat sesuaikan diri dekat sekolah Sains SHAH pekan tu.. semoga farah jadi murid yang cemerlang , gemilang dan terbilang.. in shaa ALLAH janji ini akan ditepati.. *ceh macam nak berpolitik pulak* oklah semua.. ketika entry ini dipublish berkemungkinan besar farah sedang menjalani orientasi (7/1/2013) di sekolah tersebut... doakan farah ye..?? FARAH SAYANG SEMUA ..!! especially Kak Maisarah Kak Lyana (mama) dan ramai lagi.. letih le nak mengkopi semuanya.. hehehe

salam sayang selamanya ,

puteri farah

3 penceramah blog farah:

Nur Amalina Maisarah said...

oo ni yg nak ngumpat akak ni :D hehe belajar elok-2 ye dear :) kuatkan smgt and slalu ingat Allah ^^

Syafa Syafiqah said...

Panjangnya entri,, tak sanggup nak baca.. hehe

COME VISIT MY BLOG!

Secrets of A Teenage Girl said...

akak pun syg farah juga tau..selamat berorientasi ;)

Post a Comment

mekasih bagi komen! alah..tak rugi pun..farah tak caj apa2 kan?!! peacee~