Entry pendek

holla.. haa.. ni mesti rindu farah kan.. erm.. entry lepas farah kata nak buat entry 7 kali sebulan.. bila farah fikir-fikir balik rasa macam banyak sangat.. tak sempat orang lain nak baca kan?!! kehkeh.. macam la ada yang membaca nukilan farah yang macam haprakk je ni.. hehe

farah sekarang ni dah 2 minggu kat asrama... *ketika entry ini diterbitkan .. farah mungkin sedang buat aktiviti disana* setiap kali farah buat entry schedule ni.. farah rasa sebak sangat.. rasa macam menipu korang la pulak.. padahal farah dah jauh dari dunia blogging ni.. sebenarnya .. farah buat entry ni bersebab jugak.. mana la tau ibu farah masih skodeng blog ni.. dapat juga beliau melepas rindu.. kehkehkeh...

adik-adik farah pergi sekolah.. farah pulak? melangut depan laptop.. hehe.. bila adik-adik stay sekolah rendah ni.. tetiba rasa diri ni dah besar.. hahahaa... hati rasa sayu time adik-adik cium tangan kita. rasa macam... entahla

farah rasa sedih la pulak lepas ni sape yang nak gosok baju adik2.. sape yang nak tolong diorang buat kerja sekolah.. OH JANGGALNYA DUNIA!!

farah tak tau la hidup kat asrama ni macam mana.. doakan farah dapat kawan baik2 eh.. doakan farah sentiasa selamat kat sana.. KENANG FARAH DALAM DOA KALIAN ehh?

farah tak tau dah nak story apa sebab tak tau dah nak cakap apa.. adik2 farah pun dah balik dah.. ok lah kolam idea dah kering sangat,

salam sayang ,,

farah

Buku-buku TerHOT hehehe

eehhh... bukan entry lepas kata yang tu yang terakhir? HELLOOOO.. MUNGKIN only la readers n super FaFa !!

hehe... cer teka macam mana farah still dapat typing walaupun dah stay hostel? FARAH BAWAK LAPTOP PERGI SEKOLAH !! macam tak percaya kan?!! MEMANG TAK BOLEH PERCAYA.. bak kata ibu ''merbahaya sihatang'' kalau dengar cakap kosong farah ni.. hehe

hehe.. lupa la tu.. kan farah dah kata farah buat schedule untuk semua entry berbisa lagi menyengat seperti lebah tanah ni.. haaa.. tak percaya? boleh tengok semula entry yang lepas.. farah bukan penipu.. kehkeh.. ok

sebab ni entry berjadual .. farah main taram je lah nak cakap apa... *entry ini sebenarnya ditaip ketika kolam idea masih penuh pada 2.januari.2013* kehkeh..

hari ni .. menunggu hari nak pergi sekolah.. yeayy.. *ketika entry ini di terbitkan farah telah pun selamat menjadi new family member bagi sekolah tu* sambil bergaun hitam lagak orang sedang berkabung farah tersengih-sengih seperti kerang yang tidak laku dijual oleh peniaga sebab terlalu busuk.. hehe.. farah tak tau apa sebab farah nak tersengih-sengih macam orang hilang kewarasan akal .. ok sebenarnya farah hanya tersenyum di dunia maya ni.. walaupun hakikatnya farah sedang buat muka serius seseriusnya..!! haha.. fakta yang tak dapat dibendung ialah.. farah dalam blog sangat gedik daripada realiti.. kalah pula rasanya The Wannababes jika berlawan kegedikan yang tiada tara dengan farah..

ALAMAK!! kalian tak tau ke siapakah gerangannya The Wannababes tu? ni sah bukan peminat buku AinMaisarah kan?!! kalau penggemar tegar + kebaboom buku Kak Ain mesti tau.. The Wannababes sebenarnya sebuah kumpulan anak orang kaya-kaya .. bila dah kaya. apalagi.. sikap diva diusung ke sana ke sini.. semua nak ikut telunjuk mereka.. begitu juga dengan masyarakat kita ni.. kaya sikit.. perghh boleh muntah pink farah dibuatnya.. *ehh..maaflah serius sangat bunyi entry ni*

kalau nak tau sape The Wannababes tu.. kena lah beli buku AinMaisarah.. ada gaya jurucakap produk tak? mweheheheeheh.... actually farah baru habis baca buku MR. RIGHT SELEBRITI.. hasil nukilan kak ain ler.. hehe.. nampak sangat dah addict dengan buku novelis hot tu.. wahh cerita dia... sweet sangat..!! sumpah kata!! terharu dengan kesungguhan si Mr. Right..kehkeh.. ish farah kecik lagi nak bercintan cintun..kahkahkah

oke lah farah nak buat entry yang lain pulak.. dapat la korang lepas rindu kat farah yang kini secara rasminya akan buat lebih banyak entry berjadual.. jangan nnt kata farah tak belajar sebab dok tulis entry je.. ni entry BERJADUAL ... cukup besar rasanya perkataan tu.. farah hanya akan menaip 7 buah entry dalam masa sebulan atau kurang. tak mo lebih.. nnt kata blog ni berhantu pulak sebab takde admin entry tetiba terkeluar..kehkehkeh..

setiap minggu akan ada entry menjenguk anda semua..!! muah bertepek2!!

with that.. I Princess Farah has ended my story.. ok sekian..

salam sayang

farah

Farah pergi.. doakan farah

assalamualaikum super FaFa n my readers.. apa khabar.. farah doakan semoga kesemuanya dalam lindungan ALLAH aamiin..

ini mungkin entry terakhir daripda farah buat masa ni.. pada masa akan datang farah tak tau lagi , mungkin kerana kekangan masa .. farah tak tau bila lagi dapat berceloteh menghiburkan hati stalker-stalker sekalian.. ishh.. belum apa-apa lagi farah dah kata farah ada stalker..memang tak patut betul budak sorang ni..

farah menaip berjela-jela bukannya ada yang baca pun.. tapi farah kisah apa sebab blog ni blog personal farah.. bukan blog share-share ngan orang or apa-apa yang seangkatan dengannya.. blogger cantik yang berkemungkinan menjadi anak angkat keluarga farah . ''Anis Farhana'' telah pun selamat duduk di hostel.. farah ni hanya menghitung hari je.. ceh macam nak kahwin la pulak lagaknya.. kehkeh..

kali ini entry lebih menjurus kepada gaya ala-ala novel .. mungkin sebab pengaruh Kak AinMaisarah yang terkenal tu!! ceh.. kesian kak AinMaisarah .. tak tau apa-apa tiba-tiba nama beliau disabit rumputkan.. semoga beliau tidak tersedak ketika ini.. hahahahaa

farah tak tau nak menulis apa.. kerana semangat farah untuk ke asrama terlalu berkobar-kobar.. aiseywoman.. action nya budak ni.. tapi farah kena redha la sebab lepas ni  .. NO MORE TWITTER,FACEBOOK,BLOG,YOUTUBE... and paling farah terkesan bila NO MORE PARENTS NO MORE FAMILY kat sana.. tapi inilah pengorbanan yang harus farah bayar demi mengecap manisnya bercinta kejayaan.. in shaa ALLAH..

farah ikut jejak langkah blogger pemesh Aina Hanani yang buat entry schedule.. tapi rasa macam tak kena lah pulak.. ye lah followers farah ciputt.. besar kuman je.. followers aina besar gajah ..gedabak saiznya.. kehkeh.. farah rasa rendah diri pulak .. ye la.. readers mesti tunggu kemunculan entry aina.. farah? ntah2 takdak readers pun.. huhu :')

tapi farah peduli apa.. farah masih ada penggemar-penggemar tulisan farah kat blog ni.. selalu request entry .. sampai farah terpaksa terangkan bahawa entry yang dibacanya itu baru di''terbit'' kan.. mak aihh.. *farah perasan woii * kahkahkah...

hmm.. sejak takde abang kat rumah ni rasa sunyi.. farah takde kawan nak diajak bergaduh.. takde kawan nak diajak bergurau.. bukan takde adik.. tapi rasa ada abang tu lain sikit .. adik-adik kecik sangat nak gurau lebih-lebih karang nangis.. farah malas mujuknya.. sila jangan tiru farah .. !!

oklah.. doakan farah dapat sesuaikan diri dekat sekolah Sains SHAH pekan tu.. semoga farah jadi murid yang cemerlang , gemilang dan terbilang.. in shaa ALLAH janji ini akan ditepati.. *ceh macam nak berpolitik pulak* oklah semua.. ketika entry ini dipublish berkemungkinan besar farah sedang menjalani orientasi (7/1/2013) di sekolah tersebut... doakan farah ye..?? FARAH SAYANG SEMUA ..!! especially Kak Maisarah Kak Lyana (mama) dan ramai lagi.. letih le nak mengkopi semuanya.. hehehe

salam sayang selamanya ,

puteri farah