Alamak alamak nasi lemak

assalamualaikum w.b,t apa khabar hadirin sekalian? *baca dalamn nada berpidato*

kadang-kadang terbit *ecewahh perasaan nak balik kampung .. wait2 farah duduk kampung ke? eehh, tak.. act. tu penambah perasa ayat .. alah ala2 perencah knorr tu,. kahkah

e'eleh farah bukannya menade2.. tapi farah rindu + kebaboom gila kat family yang jauh di mata tu.. ye lah bukan senang nak balik rumah tau tak? susah sangat.. tapi duduk kat hostel pun apa kurangnya ye dak?? *ayat sedapkan hati yang berduka lara* haha

masa entry ni ditaip UPSR candidates tengahpun jawab soalan.. to all my dear brothers and sisters , struggle for your future,, nanti dapat apply asrama dan tulis entry merepek macam farah buat .. eh wait! nasihat yang baru anda baca tadi tak boleh pakai kecualilah anda seorang yang tak berapa nak waras ni! kahkah

debar debur sampai nak melabur la tu! chill lah ..farah tau korang mesti boleh buat! Live your life! Life is short!

okey untuk SPMR candidates pulak farah nak ucapkan selamat berjaya! To Kak Mira and Along . do the best! we know you can do it!

hmm.. untuk batch Vitrix dan Alexious pulak .. selamat membanggakan nama Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan!

hmm.. farah ni tak de periksa apa2 ke? ADA! Peperiksaan Akhir Tahun .. hehe.. dah dekat dah.. lepas raya haji! study? tengah ! hehe

ha ni pulak ucapan untuk Zilch  .. Bonne Chance .. Selamat berjaya! hahaha

apa yang alamak2 nasi lemak nya.. ceh2 sebenarnya nak bikin gempak je.. ok lah selamat tekan X .. kalau baik komen le,,. in shaa ALLAH farah jawab! hheeee.. rindu rumaaaaaahhhhhhh... yeay esok balik! ;)

balik rumah
Farzana

Jerebu Rindu

wello and assalamualaikum #superFaFa .. well. guys .. farah mungkin akan balik dalam jangka masa 3 minggu lagi. weh tengok ayat batak hot dia kat situ.. muakaka XD . i absolutely miss all of you. esp. kak Mai a.k.a garang tahap mak tiri bawah putih bawang merah.. kak Lyana.. a.k.a mama + kakak . opss.. family tak payah cerita lah rindu dia macam mana.,. rindu tahap gunung berapi nak meletus.. huh -,-

well.. semua orang dah sedia maklumkan pasal jerebu yang melanda negara tanah tumpah darah kita ni kan? ghmm,, mula kena jerebu paling teruk kat selatan tanah air kita ni kan? huhu.. tau tak masa 20/ 6tu IPU merekodkan muar kawasan yang paling terjejas teruk..

nak dijadikan wayang kulit dalam blog ni... farah dengan rombongan netball dari SHAH + InSTA dah bertolak ke muar utk HKSBP,. farah pun tak tau macam mna nak describe HKSBP ni. ni kira SBP bertanding dengan sbp yang lainnya lah . ehh lari tajuk pulak.. macam ni.. dari pekan , pahang kitaorang pun bertolak lah ke muar.. farah tak ingat lah bertolak pukul berapa tapi yang pastinya farah tidur macam beruang putih berhibenasi dalam bas yang sejuk tu.


masa tu .lepas lunch kat giant muar.. kitorang pun naik bas and get ready nak ke sekolah yang tak berapa jauh dari situ.. . tetiba jurulatih2 netball merangkap cikgu sekolah kitaorang ni cakap NETBALL IS CANCELLED! SENTAP sangat. yelah dah naik kematu punggung duduk dalam bas.. tetiba kena balik.. sedih sangat.. tapi ... APA YANG TERJADI ADA KEBAIKANNYA harus pejam mata dan balik SHAH saja..

huhu.. sedih sangat.. sampai sekolah dekat pukul 3 pagi.. dah lah pagar aspuri masa tu dah kunci semua.. kesian makcik guard.. terganggu tidur dia dengan kebalikan kita orang yang tak diduga. bapak letihnya naik tangga dengan luggage yg lagi besar dari badan! huh.. balik terus tidur.. bangun esoknya .. semua orng ingat diorang mimpi tengfok saya balik aspuri.. haih jerebu..jerebu

dah lah dah sejuk tangan farah menaip kat makmal akses ni.. doakan farah berjaya tau... farah sayang  korng dunia akhirat..

salam perantauan *sangat*

FARZ

Mari mengundi

Assalamualaikum semua,, ya ALLAH.. rindunyalah farah dekat korang... tengok tajuk yang hampir basi tapi boleh dipanaskan tu .. mesti mata orang yang kuat berpolitik boleh besar ye.. hehe.. eh eh.. jangan blog farah ni nanti dihentam di media massa sudahle.. hehe

ceioh.. sebenarnya apa yang farah nak taip takde kena mengena langsng dengan tajuk tu...

well.. farah sekarang ni sibuk sangat dengan macam-ii aktiviti.  kalau pergi makmal komputer ssekolah pun susah nak menaip utk korang,, last entry kira2 2 bulann lalu.. sangat lama kan?

hheheehe.. ni dah nak balik hostel semula, hishh.. susah jugak rupanya jadi hostelians ni.. ayat apa la ka guna ni farah oiii...

hehe... farah sebonanya dah hilang idea nak menaip apa, dah kosongg... kosongg, kosongggggggggg!!!

alamak!

naik cuti ni.. after a week... farah ada mid year exammmmm.....alamak.. heih.. kenapa perlunya exam ni?

farah percaya .. ramai yang tak suka exam kan? hehehe...

baiklah farah pun dah malas nak menaip.. lain kali farah menaip lagi yeeeee....

salam rindu,
farzana

cuti penggal pertama!!

wouhuuu assalamualaikum semua... tengok tajuk panas macam larva nyamuk gunung berapi tu boleh membuatkan semua orang terlonjak gembira sehingga tidak menyedari dirinya hampir mati kelemasan di atas permukaan bulan!!

hahaha :D i'm back for the third time.. real me!! no more scheduled entry.. alahaiii farah tau ramai yang rindu nak mati kat farah.. ye lah bila entry schedule mesti tak best kan  sebab entry dah nak expired baru nak keluar.. op koz tak laku ye dak.. pasaii tu la readers and pengomen pun jatuh merudum macam syarikat dah nak bankrupt!!

huhuhu.. leganya dapat balik selepas sebulan lebih belajar tanpa henti.. ehem..ehem.. almaklumlah... sesekali nak mengangkat bakul kosong sendiri.. *tak sabit langsung* hey buat apa nak menyabit tengah malam2 buta ni.. kalau ye pun nak menyabit tunggu la pagi2 subuh masa bulan sabit tak hilang lagi dari kaki langit.. kahkahkah menyabit2 ..

weeehaaa seperti yang semua sedia maklum lagi memaklumi keputusan SPM telah dikeluarkan secara rasminya pada 21 mac 2013,.. means baru beberapa hari benda tu berlaku .. dah past tense le maknanya.. haaa.. tak payah buat2 terkejut la bila baca statement yang bukan statement tu.. hahaa.. mana ada orang kat malaysia tercinta ni yang tak tau pasal tu... kalau tak tau jugak tu mesti ada sebab lain kan? takpelah kalau tak tau  tu ni farah dah bagi tau kan.. hehe

waaaaaahhh apa ntah yang farah rasa happy sangat ni farah pun tak tau laaaaaa... aku pun tak tau laaa bak kata gopal yang termakan biskut kertas pasir yaya.. hahaha

farah takde idea daah la sebab too much laughing walaupun takde orang depan farah..jangan-jangan.. farah ni O.G tak?? hahahaa

haaa.. farah citer pasal classmate dan class farah nak? hahaa.. :D ada satu peristiwa di mana kami pelajar kelas 1 budi 2013 (france) menggelarkan diri kami OG oleh kerana kami terlalu bising..!!! and then gelaran tu kekal kepada kami. masalahnyaaaa.. OG tu apa farah? OG tu orang gila.. kami buddies bagaikan orang gila... kahkahkah

OG tu akan digunakan apabila seseorang tu bergelak tawa terlalu kuat.. mesti ada sorang volunteer nak cakap.. ''tau la ni kelas OG .. tapi jangan la disamakan dengan hospital pulak'' hahhahaa..

ahh idea tu hilang balik.. oklah.. naik sekolah ni farah kena buat macam2 presentation.. oleh itu farah kena undur diri supaya bahan2 dapat dicari..

salam sayang,
farzana shahian1317

Demam

holla

tau sebab apa dah lama takde entry dalam ni? haha.. puncanya ialah apabila terlalu lama berada di asrama dan asyik belajar belajar dan belajar .. otak jadi bengap lalu terhapuslah ingatan terhadap password blog kesayanganss ini! tapi semalam selepas mengemas beg2 yang berselerakan dalam bilik pink purple ku itu.. terjumpalah sekeping kertas kajang yang membawa sejuta rahmat kepada diri farah ni.. PASSWORD EMEL UTAMA!!!!!

ya ALLAH perasaan masa tu bahagiaa sangat bagaikan dunia ana yang punyaaaaaaaaa.... tapi masa baru nak menaip line buat hal.. rasa nak hempok2 je.. kehkeh.. malas nak spoilkan mood yang membara semarak api yang menjulang2 tinggi untuk menaip ni .. dipersilakan farah farzana dengan cerita nya bagaimana dia boleh berada di rumah utk menaip ini... dengan segala hormatnya dipersilakan..

macam nii..

ceritanya bermula apabila kakak senior nak buat pemilihan atlet yang akan ke MSSD .. form one yang mempunyai kebolehan dalam bidang-ii yang disebutkan kena masuk dalam acara tu utk melihat sejauh mana potensi dia.. ceh ayat farah .. n then farah pun lari la dalam acara 800m .. dua kali pusing padang n dapat lah nombor 2.. dalam panas2 + padang lecak nya ..

n then bila naik hostel rasa semacam je.. nak muntah ada macam-ii ada lah macam rojak pasembor pun ada juga.. bila malam nya farah dah start to nak demam.. tahan lagi.. hari jumaat tu macam dah ok... malam buat hal pulak.. sampai la seterusnya hari ahad masa parents farah datang melawat... malam tu farah demam panas .. letih kakak angkat farah jaga farah ni..

n then isnin dapat mc sampai selasa .. tapi farah dah tak tahan... farah nak balik... ibu pun call GPK HEM. beliau bagi balik.. bila gi kat doktor kat kuantan ni dia bagi mc lagi 3 hari .. jadinya farah balik ahad ni... taknak balik asramaa.. sekarang baru lah farah faham macam mana rasa homesick!! ni yang tak sabar nak jadi senior ni... kahkahkah :D

tu le citernya macam mana boleh sampai ke kuantan pada minggu tak balik ni.. dan percayalah.... farah punya PBS + LATIHAN + NOTA mesti berlambak2.. aduhhhhh.. peningdah kepala nio... kehehehehehe... oklah jari jemari pun rasa dah nak tercabut je dari sendi dia ni.. ok farah berhenti menaip sekejap.. nnt farah buat entry schedule ye... keluar sejuk2 dari oven.. assalamaualaaikum..

Entry pendek

holla.. haa.. ni mesti rindu farah kan.. erm.. entry lepas farah kata nak buat entry 7 kali sebulan.. bila farah fikir-fikir balik rasa macam banyak sangat.. tak sempat orang lain nak baca kan?!! kehkeh.. macam la ada yang membaca nukilan farah yang macam haprakk je ni.. hehe

farah sekarang ni dah 2 minggu kat asrama... *ketika entry ini diterbitkan .. farah mungkin sedang buat aktiviti disana* setiap kali farah buat entry schedule ni.. farah rasa sebak sangat.. rasa macam menipu korang la pulak.. padahal farah dah jauh dari dunia blogging ni.. sebenarnya .. farah buat entry ni bersebab jugak.. mana la tau ibu farah masih skodeng blog ni.. dapat juga beliau melepas rindu.. kehkehkeh...

adik-adik farah pergi sekolah.. farah pulak? melangut depan laptop.. hehe.. bila adik-adik stay sekolah rendah ni.. tetiba rasa diri ni dah besar.. hahahaa... hati rasa sayu time adik-adik cium tangan kita. rasa macam... entahla

farah rasa sedih la pulak lepas ni sape yang nak gosok baju adik2.. sape yang nak tolong diorang buat kerja sekolah.. OH JANGGALNYA DUNIA!!

farah tak tau la hidup kat asrama ni macam mana.. doakan farah dapat kawan baik2 eh.. doakan farah sentiasa selamat kat sana.. KENANG FARAH DALAM DOA KALIAN ehh?

farah tak tau dah nak story apa sebab tak tau dah nak cakap apa.. adik2 farah pun dah balik dah.. ok lah kolam idea dah kering sangat,

salam sayang ,,

farah

Buku-buku TerHOT hehehe

eehhh... bukan entry lepas kata yang tu yang terakhir? HELLOOOO.. MUNGKIN only la readers n super FaFa !!

hehe... cer teka macam mana farah still dapat typing walaupun dah stay hostel? FARAH BAWAK LAPTOP PERGI SEKOLAH !! macam tak percaya kan?!! MEMANG TAK BOLEH PERCAYA.. bak kata ibu ''merbahaya sihatang'' kalau dengar cakap kosong farah ni.. hehe

hehe.. lupa la tu.. kan farah dah kata farah buat schedule untuk semua entry berbisa lagi menyengat seperti lebah tanah ni.. haaa.. tak percaya? boleh tengok semula entry yang lepas.. farah bukan penipu.. kehkeh.. ok

sebab ni entry berjadual .. farah main taram je lah nak cakap apa... *entry ini sebenarnya ditaip ketika kolam idea masih penuh pada 2.januari.2013* kehkeh..

hari ni .. menunggu hari nak pergi sekolah.. yeayy.. *ketika entry ini di terbitkan farah telah pun selamat menjadi new family member bagi sekolah tu* sambil bergaun hitam lagak orang sedang berkabung farah tersengih-sengih seperti kerang yang tidak laku dijual oleh peniaga sebab terlalu busuk.. hehe.. farah tak tau apa sebab farah nak tersengih-sengih macam orang hilang kewarasan akal .. ok sebenarnya farah hanya tersenyum di dunia maya ni.. walaupun hakikatnya farah sedang buat muka serius seseriusnya..!! haha.. fakta yang tak dapat dibendung ialah.. farah dalam blog sangat gedik daripada realiti.. kalah pula rasanya The Wannababes jika berlawan kegedikan yang tiada tara dengan farah..

ALAMAK!! kalian tak tau ke siapakah gerangannya The Wannababes tu? ni sah bukan peminat buku AinMaisarah kan?!! kalau penggemar tegar + kebaboom buku Kak Ain mesti tau.. The Wannababes sebenarnya sebuah kumpulan anak orang kaya-kaya .. bila dah kaya. apalagi.. sikap diva diusung ke sana ke sini.. semua nak ikut telunjuk mereka.. begitu juga dengan masyarakat kita ni.. kaya sikit.. perghh boleh muntah pink farah dibuatnya.. *ehh..maaflah serius sangat bunyi entry ni*

kalau nak tau sape The Wannababes tu.. kena lah beli buku AinMaisarah.. ada gaya jurucakap produk tak? mweheheheeheh.... actually farah baru habis baca buku MR. RIGHT SELEBRITI.. hasil nukilan kak ain ler.. hehe.. nampak sangat dah addict dengan buku novelis hot tu.. wahh cerita dia... sweet sangat..!! sumpah kata!! terharu dengan kesungguhan si Mr. Right..kehkeh.. ish farah kecik lagi nak bercintan cintun..kahkahkah

oke lah farah nak buat entry yang lain pulak.. dapat la korang lepas rindu kat farah yang kini secara rasminya akan buat lebih banyak entry berjadual.. jangan nnt kata farah tak belajar sebab dok tulis entry je.. ni entry BERJADUAL ... cukup besar rasanya perkataan tu.. farah hanya akan menaip 7 buah entry dalam masa sebulan atau kurang. tak mo lebih.. nnt kata blog ni berhantu pulak sebab takde admin entry tetiba terkeluar..kehkehkeh..

setiap minggu akan ada entry menjenguk anda semua..!! muah bertepek2!!

with that.. I Princess Farah has ended my story.. ok sekian..

salam sayang

farah

Farah pergi.. doakan farah

assalamualaikum super FaFa n my readers.. apa khabar.. farah doakan semoga kesemuanya dalam lindungan ALLAH aamiin..

ini mungkin entry terakhir daripda farah buat masa ni.. pada masa akan datang farah tak tau lagi , mungkin kerana kekangan masa .. farah tak tau bila lagi dapat berceloteh menghiburkan hati stalker-stalker sekalian.. ishh.. belum apa-apa lagi farah dah kata farah ada stalker..memang tak patut betul budak sorang ni..

farah menaip berjela-jela bukannya ada yang baca pun.. tapi farah kisah apa sebab blog ni blog personal farah.. bukan blog share-share ngan orang or apa-apa yang seangkatan dengannya.. blogger cantik yang berkemungkinan menjadi anak angkat keluarga farah . ''Anis Farhana'' telah pun selamat duduk di hostel.. farah ni hanya menghitung hari je.. ceh macam nak kahwin la pulak lagaknya.. kehkeh..

kali ini entry lebih menjurus kepada gaya ala-ala novel .. mungkin sebab pengaruh Kak AinMaisarah yang terkenal tu!! ceh.. kesian kak AinMaisarah .. tak tau apa-apa tiba-tiba nama beliau disabit rumputkan.. semoga beliau tidak tersedak ketika ini.. hahahahaa

farah tak tau nak menulis apa.. kerana semangat farah untuk ke asrama terlalu berkobar-kobar.. aiseywoman.. action nya budak ni.. tapi farah kena redha la sebab lepas ni  .. NO MORE TWITTER,FACEBOOK,BLOG,YOUTUBE... and paling farah terkesan bila NO MORE PARENTS NO MORE FAMILY kat sana.. tapi inilah pengorbanan yang harus farah bayar demi mengecap manisnya bercinta kejayaan.. in shaa ALLAH..

farah ikut jejak langkah blogger pemesh Aina Hanani yang buat entry schedule.. tapi rasa macam tak kena lah pulak.. ye lah followers farah ciputt.. besar kuman je.. followers aina besar gajah ..gedabak saiznya.. kehkeh.. farah rasa rendah diri pulak .. ye la.. readers mesti tunggu kemunculan entry aina.. farah? ntah2 takdak readers pun.. huhu :')

tapi farah peduli apa.. farah masih ada penggemar-penggemar tulisan farah kat blog ni.. selalu request entry .. sampai farah terpaksa terangkan bahawa entry yang dibacanya itu baru di''terbit'' kan.. mak aihh.. *farah perasan woii * kahkahkah...

hmm.. sejak takde abang kat rumah ni rasa sunyi.. farah takde kawan nak diajak bergaduh.. takde kawan nak diajak bergurau.. bukan takde adik.. tapi rasa ada abang tu lain sikit .. adik-adik kecik sangat nak gurau lebih-lebih karang nangis.. farah malas mujuknya.. sila jangan tiru farah .. !!

oklah.. doakan farah dapat sesuaikan diri dekat sekolah Sains SHAH pekan tu.. semoga farah jadi murid yang cemerlang , gemilang dan terbilang.. in shaa ALLAH janji ini akan ditepati.. *ceh macam nak berpolitik pulak* oklah semua.. ketika entry ini dipublish berkemungkinan besar farah sedang menjalani orientasi (7/1/2013) di sekolah tersebut... doakan farah ye..?? FARAH SAYANG SEMUA ..!! especially Kak Maisarah Kak Lyana (mama) dan ramai lagi.. letih le nak mengkopi semuanya.. hehehe

salam sayang selamanya ,

puteri farah