New Year.. means..

sebelum farah menaip.. farah nak pesan tolong baca entry ni dalam nada sayu siap ada bunyi biola yang gemersik macam dalam drama2 swasta tu..especially part kekasih kena kahwin paksa.. kahkahkah..

tengok tajuk tergantung tak bertali di awan yang luas lagi indah tu.. mesti ramai tertanya-tanya sampai keluar sebesar-besar tanda soal kat atas kepala kurniaan ALLAH tu...mwehehe.. *part ni jangan baca sedih lagi*

masuk tahun baru *biola start berbunyi* maknanya ada lagi 6 hari untuk farah terlentang tertiarap di katil sambil ber facebook ..ber twitter , dan berblogging.. ..*biola semakin syahdu bunyinya* maknyah maknanya farah akan meninggalkan rumah yang telah didiami selama 10 tahun selama satu tahun ini!!!!!! wah kesiannya farah.. kenapa? kena halau ke? *suara Rika Sumanto* amboii. apa kalian pikir farah enggak bayarin wang kontrakan? *ceh.. ayah farah sepatutnya disitu*

cehh takde la.. farah actually kena stay dan meringkuk di hostel seperti semua sedia maklum.. *tiba-tiba terdengar koir menyanyi HA..HA..HA.. bukan gelak .. cuma bernada tekezut mak* *sambung balik bunyi biola* farah kena keluar dari rumah *terketar2* untuk mencari ilmuuuu... demi menggenggam sekeping buku rekod yang menunjukkan prestasi farah yang memberangsangkan..

farah nak bangga.. dan harumkan nama parents farah yang selama ni bersusah payah nak sekolahkan farah.. yang selama ni ikat perut demi menyara farah dan adik beradik yang lain * biola semakin perlahan* farah nak jadi anak solehah yang boleh ibubapa farah banggakan.. hasil penat mencampur menolak mendarab membahagi selama ni.. in shaa ALLAH..

farah nak bila sebut nama FARAH FARZANA.. orang secara automatiknya akan cakap.. oh anak Encik AZHAR.dan Puan EDDA. tu.. begitu juga tatkala menyebut nama AKIL AZRI,MUHAMMAD ADIB dan NURHARRIS.. semoga kami adik beradik dapat mengharumkan nama parents kami .. in shaa ALLAH..

oh yaa.. satu lagi.. doakan abang farah dan batch 98 yang lain dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.. aamiin.. ohh lupa.. untuk batch 96 dan batch 01 .. goodluck guys.. farah doakan yang terbaik.. kenang farah dalam doa kalian semua,..lepas ni mungkin ibu farah yang akan menjalankan aktiviti pembersihan sampah didalam blog farah ni.. hehehe... ok .. till we see again.. assalamualaikum.. *biola secara rasminya berhenti* thanks conductor di youtube.. muahaahaa.. SELAMAT TAHUN BARU... ampunkan semua silap farah sepanjang tahun lepas yee..?!! kehkeh

 
thanks la conduct entry ni..!! kehkeh..

Pelajar Mula Resah (PMR) kini selesaii!

apa khabar semua..?? sihat ? alhamdulillah.. sejuta pujian kepada ALLAH S.W.T kerana memanjangkan usia kita semua sehingga dapat lagi kita bertemu dalam entry kali ini.. alhamdulillah...!!

wah keputusan PMR ( Pelajar Makin Resah ) dah tubit laa.. mak aiii... ramai dapat straight A ye tahun ni.. alhamdulillah...congrats2... farah tak dopek la nak bagi hadiah sebab kalau nak bagi hadiah memang pokai la eden.. mwahahaha...

abang sedara farah dapat 7A .. tahniah kepada makcik,pakcik dan abang sedara farah tu sendiri.. :)

Farah BATCH 00' soo.. kami hanya dapat tumpang gembira abang2 ngan kakak2 je la.. kami ni tak sempat rasa tekanan nak naik form 3.. tak macam kakak2 ngan abang2 semua.. yang nervous nak naik , nak lompat , nak berlari ke tingkatan 3 .. untung lah BATCH 98' .. still dapat rasa tekanan tu.. mwahaha..

abang farah tahun depan jadi last candidate of PMR laa.. tak sabar nak tengok dia revise buku yang bertimbun2 tu.. tak sabar gak nak ngendeng2 kat dia nak tengok apa yang dia dok belajo selama ni.. hish tak sabar tak sabar tak sabar *suara kak lisa surihani (istanbul aku datang)*

ok.. bila jenguk je kat blog cokia farah ni.. mesti terperasan ka cursor comel ni..


 

haa.. ni kalau tak nampak jugak la apa yang namanya cursor tu.. wah comel kan..? ni blogger pemesh AINA HANANI yang buat..! sebab farah join segmen beliau haritu.. thanks a lot AINA!! wa sayang lu! kehkeh..

okeylah farah sudah mau pergi yaa.. keh guys n girls juga blogger2 .. share la result.. tak perlu malu .. berbanggalah dengan keputusan PMR tu.. in shaa ALLAH kita akan bersama2 menjadi hamba yang bersyukur,,, assalamualaikum..!


SEGMEN: Free Mini Own Cursor By. Aina Hanani

bismilaahirrahmanirrahim.. alamak2 nasi lemak .. oleh kerana blog ni tak pernah menjoin <-- rosak Bm.. sekeh budak nii..  sebarang segmen,contest dan macam2 lagi.. farah dengan rela hatinya mennyertai segmen kawan blogger farah yang membahasakan diri sebagai aina hanani ni .. takkan tak kenai aina? berapa kali dah kan farah sebut tentang beliau... aiyoyo.. klik SINI ..


banner yang cantik..  tapi sejuta kali maaf.. farah tak tau cara link kan banner ni ke sana..lol.. 

senang je syarat2 dia.. meh farah copy. printscreen? farah takde ''paint'' .. tak tau la macam mana orang yang jual pc ni boleh tak letak mende tu.. salah kan dia cepat!

Syarat-syaratnya :

1. Follow blog Aina. *ikut kehendak koranglah*
2. Like fanpage Aina & Yaz. *wajib*
-https://www.facebook.com/ainahnani.official  (aina)
-https://www.facebook.com/Yajjee (kawan aina)

3. Meh tolong klikkan churpies Aina. Ada dekat bahagian sidebar itu. Klik gambar yang kecik-kecik tuh. Klik, MINIMUM 5 iklan. Tunggu sampai habis loading tau. :D *wajib & jujur*
4. TAK PERLU BUAT ENTRI!
5. KOMEN dekat entri aina.
- Nama :
- Link Blog :
- Link Facebook/Twitter :
- Title untuk cursor :
- Jenis cursor : *Pilih arrow atau love*


wahh ..oleh kerana farah nak meramaikan .. jadi farah buat entry.. hadiah nya? kejap yee?

'contoh cursor ''arrow'' atau ''love''



- Wang bernilai RM20 - 1 pemenang
- Lollipop/House Felt Keychain - 2-3 pemenang. [Sponsered by Jeju Kraf]
MAKSIMUM PENYERTAAN : 30 BLOGGER 
TARIKH TAMAT SEGMEN : 24 DISEMBER 2012 

''Okey, hadiahnya tak berapa nak menarik sebab ini kan SEGMEN bukannya CONTEST. Haha, ada ke yang nak join? Harap-harap adalah yang join ya. Senang sahaja entri ini, tak perlu pun korang buang masa buat entri bagai kan? Semua peserta akan mendapat cursor comel lote tuh. Yang join sampai 30 orang? 30 cursorlah Aina buat. :D''

farah copy je ayat aina.. korang faham2 la sendiri ye..haha.. okey that's all.. farah nak terus cari GA n segmen yang gempak2..cewah.. cakap je lebih..



farah dah buat semuanya aina ngan  LIKE fanpage aina ngan kawan aina tu

ALHAMDULILLAH

hai super FaFa and my lovely readers. sihat? alhamdulillah farah pun sihat,, *ceh korang tak tanya pun..pandai2 je farah jawab *

alhamdulillah 16/12/2012 dah boleh cekidaut *nada suara kak lisa surihani* kemasukan ke SBP.. alhamdulillah farah dapat sekolah yang farah mintak *tahniah farah* ceh ucap selamat untuk diri sndiri, hahah.. ok farah bajet hot,, hahah

farah kena daftarkan diri farah yang comel *perahsantan je keje* ni dan sekaligus menempatkan diri farah sebagai ahli keluarga Sekolah SHAH , pekan pada 7.januari.2013 ..yeayy,, means farah dapat cuti seminggu time orang lain dah start belajar,, cehh sentap jugak lah, rasa macam lambat sangat masuk sekolah..wuahaha,,, dalam masa seminggu tu farah nak habiskan masa menyiapkan diri dari segi fizikal dan mental di samping berblogging setengah mampuss.. ceh ayat dia,,sambil2 tu nak touching2 ngan Super FaFa.

ok perasan tak dah 2 kali farah ulang SUPER FAFA tu..kalau tak perasan tu takpela,, *dengan serta mertanya naik kan kepala ke ats dan bilang perkataan SUPER FAFA*

Actually..ramai dah yang tanya super FaFa tu apa.. hak penggemar buku kak AINMAISARAH pergi tanya .. fafa tu FARAH+FAHRIN ea? weii.. tak logik langsung la sebab farah tak kenal pun sape fahrin.. kalau fahrin ahmad farah kenal laa...haha... Super FaFa tu macam followers club farah.. kalau FAFAU ada fans club.. FAFA ada followers club..haha *oke bajet hot sekali lagi*

mana datang idea nama SUPER FAFA tu.. okeh,,, super tu sebab korang la superhero/heroin yang sentiasa support farah ,, thanks a lot .. FAFA tu pangkal nama farah . FArah + FArzana .. so terciptalah super fafa secara rasminya pada 15/12/2012.. wahh terkembang kempis hidung. ok lah to all super fafa n readers farah harap korang dapat doakan kejayaan farah dekat Sekolah SHAH ,pekan tu,, semoga farah dapat sesuaikan diri kat situ,,hahah,

heii..kepada blogger2 yang stay situ..jangan lupa teguq budak ni.. boleh usha2..haha .. woii..usha cara nak pertingkatkan mutu blog..aicewaaahh.. *harap maaf oleh kerana terlalu excited maka farah tersebut oii secara tak sengaja*hahaha

assalamualaikum.. muahh..*yakkss

KERJA..TEMUDUGA..SURAT

alhamdulillah . syukur ke hadrat ILAHI .. farah masih bernafas pada saat ini..dapat menaip lagi entry2 utk tatapan readers2 farah yang tak berapa nak ramai.. *almaklumlah orang tak femes* eeh..tapi niat farah nak berblogging hanya utk menambah kenalan .. berkongsi cerita.. yang tak suka dengan gaya hidup farah boleh la tekan ''X'' tab .. tak susah kan hidup korang utk mengarang ayat panjang2 demi membash farah... 

haha..sudah cukup2 sudah dengan ayat pedas sepedas sambal nasi lemak yang tertaruk lebih cili padi... haha.. tak baik2... ok farah .. hang nak ceghito apo harini? oh..farah nak cerita pasai farah dah dapat kerja...!! YA ALLAH farah dapat kerja? budak bwh umur boleh kerja ke? FARAH..JAWABLAH....!!

ok..farah dapat kerja kat koperasi sekolah je..wkwkw... tolong susun2 buku utk adik-adik junior yang masih menetap kat sekolah rendah *ceh bangga la tu dah nak jadi ahli keluarga sekolah menengah* haha.. ingat senang ke kerja susun2 buku ni? melambak wehh.. sampai naik urat kat tangan yang tak berapa nak katang ni..hohooo... 


upah? farah tak tahu la..sebab farah tolong cikgu buat kerja ni sebab farah memang takde apa2 nak buat..nak tulis entry.. bukan selalu kolam idea ni penuh..kadang2 kering kontang kalah kemarau...haih...kerja farah kat rumah makan..tido .. online... aduh..dah naik 2kg.. sape boleh tolong farah kuruskan badan.. wahh banyak nya farah membebel...ntah ada ke tidak orang yang baca...haha

n then farah pergi interview MRSM KUANTAN pada 10/12 haritu.. wahh sekolah tu waras cantik + ohsemm.. farah dapat kwn.. cantik orang nya...DANIA BATRISYIA.. ayat yang selalu bermain di bibirnya.. ''oh ye? sep sikit!'' i will miss those word...wahh farah kena speaking kat situ.. farah main bantai je nak cakap apa... haha.. 

i think better write than talk.. farah punya idea masa tu terlalu banyak tapi tak terluah..tapi farah percaya pada rezeki masing2... ada rezeki tak ke mana... haa... harini.12/12/12 farah secara sahnya dapat surat tawaran dari pihak AL-MAARIF..alhamdulillah..ni nak kumpul surat2 lain la ni... :)

ok guys n girls.. farah nak blah dah.. doakan yang ter baik untuk farah ye... farah selalu mimpi..dapat kumpul semua readers n followers farah..haha..*bajet2013...pirah..assalamualaikum..

renung-renungkan

hai semua.. alhamdulillah dapat lagi korang baca entry farah kali ni..maknanya..ALLAH dah bagi korang umur yang panjang sampai korang masih lagi boleh berhubung dengan farah..tapi..adakah kita semua bersyukur dengan nikmatnya? mari bertafakur sekejap...berhenti la kejap menaip or memberi komen.. mari renung2kan....

perjalanan kita bermula sejak dari dalam rahim ibu ... sehingga sekarang...adakah kita melaksanakan perintah ALLAH?? sekalipun ALLAH telah memberi kesemua nikmat-NYA kepada kita secara FREE ??

oklah kalau sedar .. kalau tak sedar2 farah pun tak tahu laa...heheh...

dah2 kesat ayo mata tu... tak elok..

farah menaip entry ni pada malam yang sepi ditemani alunan ayat quran yang dipasang di laptop .. sambil kedengaran bunyi kelengkung kelengkang periuk dekat sebelah rumah farah yang akan diadakan kenduri kawin ni...

entry kali ni agak islamik sikit... maybe mood farah terikut2 dengan ayat2 al-quran ni,,that's why kepala gila2 farah tak berapa menjadi kat entry kali ni,,..huhu~~ tapi farah pinjam mood JOZAN la sekejap.. tak kirala korang nak gelak or tanak..sebab NI BLOG FARAH..ADA FARAH KESAH?? hehehe...

hmm...bila kenang kan balik.. farah tak banyak entry islamik..bukan farah sengaja... tapi sebagai hamba ALLAH kita semua tak terlepas daripada kesilapan kan?

bila farah teringat solat itu tiang agama farah rasa sebak..sebab solat ni belum tentu diterima.. perkara sunat belum tentu cukup.. ntah2 tak perfect tiang ''rumah '' farah ni..alim ulama' agak2 dah jadi banglo ke istana ke..tapi farah masih lagi bertahap ''in process'' ntah bila nak siap...

oklah..sebelum air mata menitis kat pipi yang gebu *ceh sempat lagi tu* kurniaan ALLAH ni.better farah tarik diri daripada menulis entry ni..keh korang .. assalamualaikum...renung2kan dan selamt beramal...


Alhamdulillah

hai guys n girls yang tengah berangan sambil korek2 lombong bijih korang tu..iyeww,,, apa khabar? sihat ke tak sihat semoga semuanya sihat la ye.. (^-^)Y..

waahh tengok la tajuk islamik tu...! WOW FANTASTIC BABY!! farah dah jadi ustazah pilihan la...ahakss.. hey korang ni salah ke jadi ustazah .. bagus apa... hidup bersyari'at berlandaskan jalan yang ALLAH redhai..cehh sebelum korang muntah hijau baik korang move on kat perenggan yang lain... kang muntah farah malas bertanggungjawab,,heheh

farah dapat or lebih tepat bapak farah dapat sms daripada pihak kerajaan sekolah AL-MAARIF,bukit goh..dalam sms tu farah diterima masuk ke tingkatan satu..sesi 2013... sekolah tu adalah sebuah sekolah agama yang bagus ! ohh..

alhamdulillah dah dapat jawapan yang mengembangkan seluruh anggota tubuh *bukan gemuk* ..especially hidung la.. memang tak dapat nak cover2... hehee... syukur sangat2 kat ALLAH !! korang pun doa2kan farah semoga dapat keputusan temuduga yang bagus ye .. farah mohon banyak jugak sekolah lain,,bukan sekolah AL-MAARIF je...

oklah entry yang sepetutnya dipublishkan semalam ni menghadapi masalah sikit.. oleh pihak LEMBAGA PENAPISAN ENTRY... nasib baik tak publish semalam kalau tak memang rosak bahasa melayu ..hehehe...

oklah nak layan adik sedara tengok youtube ULTRAMAN MEBIUS...hahaha... apa2 pun...sayang semua..!:)) GO MALAYSIA GO! *semangat bole*