Tutorial Bahasa:Cuba buat latihan ni!!

assalamualaikum kakak2 abg2 adik2 aunty2 uncle2 osem sekalian!!apa habaq?sihat?alhamdulillah!!

masih kah kau ingat salah satu entry ku yang bertajuk Tutorial Bahasa:cara-cara menjawab bahagian c bm2?? *ingat!! baguss! ok .. jom kita buat aktiviti berdasarkan entry tu!!ni kira tutorial bahasa kedua la!! nak ambil...bolehh tapi kena inform dulu lah!!tak inform pun takpe sebenarnya,,,!ye lah malas nak timbulkan isu pula nanti kalau ada followers2 saya yang berblog walking .... mereka salah faham pulak!!

okeyh..kepadA sweet and mweet 12 tu...jom uji minda!!kita lihat sejauh mana kemampuan anda untuk membina ulasan!!of course lah tahap 10 bintang kan?? ok..jom buktikan!

                                                                  PETIKAN

   Semasa Abang Long pergi ke sekolah,adik telah masuk ke bilik Abang Long dan telah mengambil sebuah buku cerita yang baru dibeli oleh Abang Long.Saya telah melarang adik daripada mengambil buku cerita tersebut tetapi larangan saya tidak diendahkannya.Adik telah membaca buku cerita tersebut.Sedang adik membaca buku tersebut,tiba-tiba Si Tompok melompat ke riba adik.Adik terkejut dan buku yang dibacanya terlepas daripada tangan lalu terjatuh dan terkena air minuman yang diletakkan di atas lantai oleh adik.Beberapa halaman buku itu basah dan kotor terkena akan air minuman itu.


    Pada waktu tengah hari,Abang Long pulang dari sekolah.Dia ternampak akan bukunya yang basah dan kotor itu.Abang Long sungguh sedih kerana buku itu baru sahaja dibelinya dan belum habis dibaca lagi.Adik meminta maaf dan berjanji akan menggantikannya dengan buku yang baharu.Adik turut meminta maaf kepada saya kerana tidak mendengar larangan saya.Abang Long berasa kasihan melihat adik.Adik benar-benar menyesal atas perbuatannya itu walaupun perbuatan itu tidak disengajakan.


ok...masa taip petikan kat atas tu...banyak sebenarnya nilai-nilai murni!ok..kepada sesiapa yang dah siap dan rasa nak tunjuk kat saya...boleh pm saya di facebook!nnt saya minta tolong orang yang lebih berilmu dan pakar dalam bidang ni untuk beri anda markah!!gerenti...anda boleh dapat 5!sebenarnya pasal membina ulasan ni...saya nak bagi giveaway..tapi takut tak dapat sambutan!tak pelah....nanti saya inform anda semua kalau jadilah!! almaklumlah..saya punya followers tak de lah ramai sangat macam cik Aina Hanani kita tu!!

1 penceramah blog farah:

Post a Comment

mekasih bagi komen! alah..tak rugi pun..farah tak caj apa2 kan?!! peacee~