Tutor Bahasa:cara-cara menjawab bahagian C BM2

 assalamualaikum semua!!beberapa bulan lepas sekolah saya ada menjemput seorang penceramah atau cikgu yang telah berpengalaman dalam menanda kertas peperiksaan UPSR....format tahun lepas dengan format tahun sebelumnya memang TOTALLY DIFFERENT! jadi tak hairanlah kalau tahun lepas ramai tak pass dekat bahagian C iaitu mencari nilai murni atau membina ulasan !! oleh sebab saya juga candidates UPSR...saya mahu berkongsi pengetahuan saya yang tak seberapa ni...dengan kawan2 semua!kalau ada adik2 atau sedara - mara yg ambik UPSR tahun ni...boleh share lah dengan mereka!!


ok...let us start!!ambil pen dan kertas cepat!!I'm Waiting!!


   dah ready?ok...jom turun bawah !!


ok...kalau nak start ayat ulasan tu...saya cadangkan guna  ayat yg saya bagi ni....


 a)BERDASARKAN PETIKAN
 b)DARIPADA PETIKAN TERDAPAT BEBERAPA NILAI MURNI ANTARANYA
 c)SEBAGAI SEORANG MURID YANG BAIK

atau apa2 sahaja yang cikgu anda ajar!

ok seterusnya mulakan dengan kita mestilah....berpasangan dengan seperti...
  
contoh ayat:berdasarkan petikan,kita mestilah berdikari seperti farah yang membasuh bajunya sendiri!
senang kan?tak payah ada huraian yang berjela-jela..

ok..ayat seterusnya pulak...guna kita perlu.... berpasangan dengan ...sebagai contoh...


contoh ayat:seterusnya,kita perlu menjaga kebersihan sebagai contoh,Nora mengutip sampah yang bertaburan itu lalu membuangnya kedalam tong sampah!


ayat atau nilai ketiga...gunakan kita sewajarnya...berpasangan dengan hal ini dapat dilihat apabila...


contoh ayat:selain itu,kita sewajarnya mementingkan kesihatan .Hal ini dapat dilihat apabila norni beriadah pada setiap petang!


seterusnya...gunakan kita haruslah berpasangan dengan ....dengan cara mencontohi


contoh ayat:bukan itu sahaja,kita juga haruslah bertanggungjawab dengan cara mencontohi Laili yang memasak untuk adik-adiknya..


ayat last sekali...gunakan kita patut berpasangan dengan seperti...


contoh ayat:yang terakhir,kita patut menghargai jasa orang yang telah banyak membantu kita seperti Anis yang berterima kasih kepada guru-gurunya!


kalau nak lagi kreatif letak penutup : konklusinya,semua nilai/pengajaran di atas patut kita contohi!


note:guna penanda wacana untuk menyedapkan ayat!baru ummphh~kalau nak lebih tahu................boleh rujuk dekat guru2 bahasa melayu anda!saya sekadar berkongsi ilmu!

0 penceramah blog farah:

Post a Comment

mekasih bagi komen! alah..tak rugi pun..farah tak caj apa2 kan?!! peacee~